Neelofa Tunai Umrah, Jalani Penggambaran


KUALA LUMPUR, 9 JULAI 2012: Dalam kesibukan Murai Batu mencari gosip baru terjumpa pula foto milik aktres jelita ini sedang berada di Tanah Suci bagi mengerjakan umrah.

Tidak sangka pula, sebaik saja berakhirnya kontroversi antara dia dengan Anzalna Nasir yang telah pun diakhiri dengan perdamaian, Neelofa dalam diam-diam telah berangkat ke Tanah Suci Mekah.

Murai Batu dengar kunjungannya ke sana bukanlah disebabkan atas urusan mengerjakan umrah semata tetapi kerana menjalani penggambaran untuk drama bersiri arahan pengarah terkenal Erma Fatima yang berjudul Kau Yang Terindah.

Mudah-mudahan Murai Batu harapkan selepas pulangnya Neelofa daripada Kota Mekah dia akan dihindari daripada pelbagai cerita dan kisah yang tidak elok mengenai dirinya. Sayang bila wanita cantik seperti Neelofa ini dikelilingi banyak orang yang mahu menjatuhkannya. Ooops!

MURAI BATU: Bukan Neelofa sahaja berada di Kota Mekah, khabarnya Johan As'ari juga ada di sana.

Ala apa salahnyakan kalau Johan As'ari pun ada kat sana? Mekkah kan tempat tumpuan semua umat Islam ? Tak salah kan?

Ulasan