Nak makan epal, termakan lilin pulak

Hahaha tengok tu, epal pun dah pandai pakai lilin, ingatkan ubat-butan saja yang letak dalam bekas berlilin tapi ini makan pun dah disaluti lilin. Punya la berkilat epal nie kalau korang nampak. Kalau nak makan tu, pastikan korang cuci dulu lilin tu sebab lilin tu bukan jenis lilin pelita yang kita gunakan tu ok?




Sebahagian epal yang diimport didapati diselaputi lilin pada kulitnya, dipercayai untuk mengekalkan kesegaran buah berkenaan. Namun, timbul persoalan sama ada lilin yang mengandungi bahan kimia itu memberi kesan kepada pemakan lebih-lebih lagi jika tidak membasuh buah itu terlebih dulu. Justeru, kita harus berhati-hati dan membasuh epal sebelum dimakan.

Begitu keji tindakan sebilangan pengimport atau pengeksport yang meletakkan lilin pada buah-buahan semata-mata untuk menipu pembeli. Buah yang diselaputi lilin ini akan kelihatan segar dan berkilat. Mungkin juga kerana angin tidak dapat masuk untuk membuatkan buah tersebut menjadi buruk.

Korang harus ingat bahawa lilin tersebut amat bahaya jika ditelan dan akan menyebabkan penyakit serius.


Sebelum membeli, pastikan korang cuba kikis kulit buah tersebut untuk melihat sama ada terdapat lilin atau sebarang bahan asing yang merbahaya.

Ulasan