Makanan berbuka puasa pilihan iskandarX #6

Hahaha lambat update untuk entri nie, jadi pilihan is hari nie ialah nasi lemak. Iskiskiskisk, dah la sekarang puasa susah nak beli nasi lemak, yang ada pun tak sedap sangat hehehehehe.

Cerita nasi lemak nie memang best, sebab apa waktu is 18 tahun iaitu sepuluh tahun lalu, kawn is ada cerita dia berniaga nasi lemak sambilan. Sejak tingkatan 2 lagi dia dah buat. Macam pusher je kalau kita tengok, plastik hitam besar kiri kanan, tapi bau yang amat harum dan menyelerakan bila kawan is nie lalu kat tepi.

Menjadikan cerita, sekrang is berhubung dengan dia dia dah pun pakai Mercedes, rumah pulak dah pindah ke ampang. Ish rugi is tak ikut serta masa dia ajak dulu, hehehehe tapi rezeki masing-masing kan? Karang satu kapal dua nakhoda susah la jadinya kan?

Ulasan