Lagenda Pengangkutan Penang Yellow Bus CO.LTD

Is nak mengimbau betapa best nya penduduk Penang terutamanya bila Boon Siew meletakkan perniagaannya di Balik Pulau iaitu pengangkutan - bas. Bas nie kami panggil bas kuning, atau Penang Yellow Bus (errkk sama la tu english brother english). Penduduk Balik Pulau dahulunya belum ada transport sendiri jadi memberi peluang kepada hartawan Pulau Pinang masa itu iaitu Boon Siew untuk melabur dalam bidang pengangkutan ini. Di buka oleh Boon Siew, telah wujud 58 tahun ( 1948 ) lalu dan di tutup pada tahun 1 April 2006, dah wujud sejak Zaman Sebelum Kemerdekaan.

Bas kuning nie bukan setakat bas penumpang sahaja fungsinya, bas nie kadang-kadang cina yang jual mee rebus kat depan terminal nie pun guna khidmatnya dengan mengirim supply mee menggunakan pengangkutan bas kuning nie. Bas nie banyak kenangan nya, kenagan nak jadi taiko, nak jadi bohsia, nak jadi belen, nak jadi makyah, nak jadi kaki judi, kaki disko, semua bermula dengan bas kuning.

Banyak kenangan siri-siri hitam lah daripada siri putih. Yang siri putih ialah, pelajar-pelajar nak pegi sekolah, Al-mashoor, Abdullah Munshi, Penang Free School, Hamid Khan, semua kerabat naik bas kuning nie. Bas kuning nie is naik gak pegi sekolah walau pun sekolah tak jauh dari rumah is, sebab nya bas nie ada tingkap, hehehehe leh hisap rokok dan sebagainya.

Tambang dari sekolah ke rumah is di Kampung Terang cuma RM0.30 sahaja tapi is bayar seringgit sebab nak pusing ronda sampai Pulau Beong dan pusing balik Kampung Terang, sempat is hisap rokok dua tiga batang. Gaduh? Takmo cerita lah sebab hari hari gaduh dalam bas nie tak is bergaduh orang lain mesti bergaduh punya drebar bas sampai lali dah nak tegur, dia buat derrkk jerk dia kata jangan sampai pengsan atau mati sudah.

Nanti is akan cari lagi gambar gambar bas kuning nie. Banyak kenangan, terjumpa cinta dalam bas nie pun ada hehehhe.

Ulasan