Kerana SAM, Syafiq Yusof Takut Nama Haslam Tercemar


KUALA LUMPUR, 17 JULAI 2012: Pengikitirafan yang diterima daripada Malaysia Book Of Records sebagai pengarah filem tempatan paling muda yang sedang aktif berkarya dalam indutsri perfileman Malaysia, sedikit pun tidak merungsingkan fikiran Syafiq Yusof, 19.








Namun, anak muda ini mengakui agak gusar dan gementar kalau-kalau hasil karya sulungnya, SAM akan menjatuhkan jenama Haslam yang telah sekian lama menjadi kemegahan ayahandanya, Dato' Yusof Haslam dan kekandanya, Syamsul Yusof.

Bagaimanapun, Syafiq bersyukur kerana berjaya menghasilkan SAM dan mampu menerima cabaran yang dilalui dalam menghasilkan filem tersebut sebagai langkah untuk mematangkan diri untuk menjadi penggiat seni filem tempatan yang prolifik.

"Saya tidak menghadapi sebarang masalah bekerja dengan barisan pelakon SAM. Kesemua mereka ini sangat profesional belaka. Cuma, masalah utama yang terpaksa saya hadapi adalah terhadap keadaan cuaca yang seringkali tidak menentu.

"Cabaran-cabaran inilah yang membuatkan saya semakin takut dan gementar. Apa yang. Apatah lagi saya perlu membuat yang terbaik untuk filem ini. Saya kena jaga maruah keluarga saya yang memang sangat dikenali dalam industri ini sebagai pembikin filem.

"Untuk filem ini, 95% daripadanya adalah hasil usaha saya sendiri dan 5% lagi adalah nasihat yang saya perolehi daripada ayah," katanya kepada murai.com.my.

Meneruskan penjelasan, Syafiq berkata, biarpun bersyukur kerana pembikinan filem SAM sudah pun siap sepenuhnya, namun jauh disudut hatinya terdetik rasa kurang puas hati.

"Kalau hendak diikutkan, saya mahukan lebih masa untuk menghasilkan filem ini. Saya mahu betul-betul puas sebelum ianya dapat ditayangkan. Namun, saya terpaksa akur bahawa ianya juga bersangkut paut dengan soal perniagaan filem. Setiap wang ringgit yang keluar perlu diambil kira. Jadi, mahu tidak mahu saya terpaksa bekerja mengikut dateline yang diberikan.

"Secara peribadi, saya melabelkan hasil kerja saya ini dalam standard B. Tahap kepuasan yang saya perolehi pula hanyalah sekadar 70%. Apapun, sekarang saya sudah faham sedikit sebanyak tentang hal-hal berkaitan dengan bisnes pembikinan filem ini.

"Saya juga selalu ikut nasihat abang saya.Dia selalu berpesan, pengarah di Malaysia selalunya tidak dapat menghasilkan sesuatu mengikut kepuasan diri mereka. Nyata apa yang dikatakan itu adalah benar belaka," jelasnya.

Filem arahan sulung Syafiq Yusof ini menampilkan Shaheizy Sam dan Lisa Surihani sebagai teraju utama di samping abangnya, Syamsul Yusof, Ezad Jasmin dan Neelofa.













Cerita nie memang best dan patut korang tontanya nanti bila dah keluar nanti..........(macam iskandar tau best?).. oohh macam erk tau? hmm senang  aja, tu tengok barisan pelakonya, "NEELOFA"konfirm best siot awek aku belakon tuw. huhuuuhuuuuuu. Luv korang kerana sudi bersantai dengan aku.

Ulasan