Kenapa Nana AF Tidak Kuat Semangat Pulak Ni?

Nana AF akui, dia seorang yang tidak kuat semangat. Ini kerana dia tidak berani sama sekali menjalani hukuman yang diterimanya ketika menyertai rancangan permainan komedi, Roda Igauan.

“Cuba bayangkan saya dikenakan hukuman tutup mata sambil ulat dicurahkan ke atas kepala. Tidak dapat saya bayangkan jika ulat tersebut bergerak-gerak di atas kepala saya ini,” ujarnya kepada Astro Gempak.

Nana bekas pelajar Akademi Fantasia musim pertama antara selebriti-selebriti jemputan khas rancangan permainan komedi Roda Igauan perlu melalui hukuman yang menggelikan akibat tewas dalam tiga permainan yang telah dijalankan.

Mengulas lanjut mengenai Roda Igauan, Nana merasakan rancangan ini sangat menarik untuk ditonton selain merupakan rancangan paling ‘gila’ yang pernah disertainya.

“Saya rasa Roda Igauan ini sangat menarik untuk ditonton selain hukuman yang bakal diterima sangat menggelikan dan ‘gila’.

“Sepatutnya saya perlu menjalani hukuman dimana ulat akan dicurahkan ke atas kepala saya selain kedua-dua mata ditutup. Tetapi saya terpaksa menolak hukuman tersebut kerana takut saya akan pengsan dan saya akui saya memang tidak kuat semangat,” ujarnya sambil ketawa.

Nana juga sempat memberi saranan supaya hukuman lebih teruk patut diberi kepada mereka yang tewas dalam Roda Igauan.

“Saya sarankan hukuman lebih berat dan menggelikan patut diberikan kepada mereka yang akan menyertai Roda Igauan selepas ini. Ini pasti mencabar kekuatan selebriti untuk merasai sendiri pengalaman menghadapi hukuman tersebut. Sudah pasti saya tidak akan menyertai Roda Igauan jika hukuman lebih teruk dikenakan kepada mereka yang tewas,” katanya lagi mengakhiri perbualan.

Nana di antara selebriti-selebriti jemputan yang turut menjayakan Roda Igauan bagi episod kelima nanti. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri gelagat serta aksi Nana dan rakan selebriti yang lain dalam Roda Igauan yang disiarkan setiap Selasa, 10.00 malam hanya di Astro Prima (105).




Dalam banyak-banyak artis, Nana yang paling aku syok, heheheheh artis kegemaran aku sejak dari dia mula masuk AF lagi aku dah berkenan, tapi dah kena sambaq dengan orang lain dah.

Ulasan