Iqram Dinzly tanpa berselindung mengakui pernah bercinta dengan wanita yang lebih berumur darinya. Menurut Iqram, dia selesa untuk bercinta dengan wanita berumur kerana percaya mereka lebih memahami dan matang.
“Saya selesa bersama wanita yang lebih tua daripada saya. Pada pendapat saya, wanita yang berumur adalah wanita yang matang dan mudah memahami,” katanya kepada Astro Gempak.
Iqram diminta mengulas lebih lanjut tentang gandingannya bersama dengan Deanna Yusof dalam drama bersiri Cendana yang mengisahkan seorang lelaki muda yang bercinta dengan wanita berumur.
“Drama Cendana ini membuka mata kepada lelaki muda diluar sana bahawa, wanita berumur juga berhak untuk bercinta atau mempunyai hubungan isitimewa dengan orang yang lebih muda daripada mereka.
“Mereka seorang yang sangat memahami dan saya percaya mereka juga turut mencari jejaka yang matang dan berkarier,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Iqram sempat berkongsi pengalamannya bercinta dengan seorang gadis yang lebih tua daripadanya ketika berada di bangku sekolah dahulu.
“Semasa saya belajar di tingkatan lima dahulu, saya sempat bercinta dengan wanita yang lebih tua daripada saya. Dia seorang yang sangat memahami dan sering mengambil saya pulang dari sekolah.
“Saya mudah selesa dengan wanita lebih berumur mungkin kerana saya seorang yang sangat rapat dengan emak dan kakak selain mempunyai ramai kakak angkat di sekolah,” katanya mengakhiri perbualan.
Secara ringkas, drama Cendana mengisahkan seorang lelaki muda bernama Riz lakonan Iqram Dinzly yang menyelamatkan seorang wanita yang lebih tua daripadanya Aisya, lakonan Deanna Yusof dari dirogol oleh seorang lelaki bernama Radhi.
Konflik bermula apabila Riz diminta untuk menikahi Aisya yang turut mempunyai seorang anak perempuan bernama Farah, sedangkan anaknya itu sangat mencintai Riz.
Drama yang bersiaran di Astro Prima ini sudah menemui penonton sejak bulan Jun yang lalu turut menampilkan Azma Aizal Yusoof, Tunku Nurhanis, Mahmud Basha Ali, Roy Azman dan Wan Norazlin.
Hahahah Iqram, amacam Deanna Yusof tu? Dia tu dewi remaja aku tu, hehehehehe. Memang setiap lelaki sukakan perempuan atau wanita yang lebih tua daripadanya sebab ada sikap pemalas, huhhhuuuuu
Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.