Heliza Minta Tunjuk Ajar Farah Kendali Rasa Halal Antarabangsa

Musim ketujuh program popular, saluran Astro Oasis, (106), Rasa Halal Antarabangsa menyuntik eleman pembaharuan dengan menampilkan pengacara baru, iaitu penyanyi dan pelakon Heliza Helmi.

Mengakui telah pun bersedia memikul tanggaungjawab yang sebelum ini dipikul oleh penyanyi Farah Diana Anuar, Heliza akur sekiranya ada pihak yang akan membuat perbandingan mahu pun mengkritik gaya pengacaraannya kelak.

"Saya akui Farah lebih berpengalaman dan bagus sepanjang mengendalikan program tersebut. Saya sendiri ada menghubunginya meminta pendapat dan tunjuk ajar. Saya juga ada membuat kajian dan persediaan sebelum mengunjungi lokasi penggambaran.

"Jadi saya bersedia sekiranya ada pihak yang akan buat perbandingan mahu pun mengkritik. Saya bersedia untuk berdepan dengan situasi tersebut,"katanya.

Program baru tersebut bakal menampilkan lima lokasi menarik yang akan dikongsi bersama penonton kelak. Antara lokasi yang akan diketengahkan ialah Korea, Paris, London dan Turki.

Menyambung perbualan jelas Heliza, menerusi program berkenaan pelbagai pengalaman dan kenangan yang ditempuhinya.

"Bayangkan ada makanan yang saya tidak suka makan tetapi saya terpaksa juga makan untuk menjayakan penggambaran tersebut. Memang mencabar namun kerana tugas saya berjaya mengatasinya.

"Selain itu, saya juga pernah berdepan dengan masalah untuk menunaikan solat kerana kesukaran mencari lokasi yang sesuai. Tetapi alhamdulillah dapat diatasi dan saya percaya terhadap kepentingan perkara itu wajib dilaksanakan walaupun berada di negara mana sekali pun," katanya.

Ditanya mengenai perkembangan terbarunya kata Heliza, dia kini telah pun mula menceburkan diri dalam bidang fesyen.

"Saya baru sahaja berkerjasama dengan Get Gorgeous menghasilkan koleksi Heliza Helmi by Get Gorgeous dengan 10 koleksi eksklusif khas untuk hari raya. Selain itu saya juga ada koleksi hijab dan telekung," ucap duta minuman Cool Blog, Sunsilk dan Garnier itu.

Rasa Halal Antarabangsa yang diterbitkan E-Style Sdn Bhd mula menemui penonton pada setiap Khamis bermula semalam (28 Jun) pada jam 7.30 malam di saluran 106, Astro Oasis dalam bentuk HD.




Bagus lah Heliza pulak yang kendalikan Rasa Halal Antarabangsa tu. Farahkan dah pernah kata dia bukannya jenis suka pakai tudung, so skang nie dia dah bebas tak payah pakai tudung lagi. Jangan lepas nie Heliza pulak bada naik akibat dok rasa makanan selalu sudah ler.

Ulasan