KEPALA BATAS, 23 Julai (Bernama) -- Usaha pembangkang mempengaruhi golongan belia agar menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan berjaya kerana mereka semakin bijak menilai siapa yang mampu memenuhi aspirasi golongan itu.
Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata golongan belia kini menyedari parti pembangkang hanya pandai berjanji bagi mempengaruhi pemikiran mereka tetapi tidak mampu untuk menterjemahkannya.
"Ini bukan soal kita bercakap atas sentimen kepartian tetapi aspirasi orang muda yang merasakan bahawa BN adalah pilihan terbaik untuk masa depan mereka dan saya tidak fikir mereka (pembangkang) dapat memberi apa-apa kepada mereka.
"Lebih-lebih lagi atas keprihatinan khusus diberi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang peka masalah dan bentuk pembangunan aspirasi rakyat termasuk untuk golongan muda," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan sumbangan kepada 33 buah masjid di Parlimen Kepala Batas, di sini Ahad malam.
Setiap masjid menerima sumbangan wang tunai, beras dan kurma untuk keperluan sepanjang bulan puasa ini.
-- BERNAMA
Bagus lah kempen macamana sekalipun sedekah kat Masjid tu kira dah bagus and very good. Kalau boleh supply untuk semua masjid yang ada lagi bagus, terjamin dunia da akhirat.
Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.