Assalamualaikum, korang tengah tengok tv ker? Ada astro tak? Kalau takder tak mengapalah just ikuti celoteh aku dah la kowt? hehehehe. Ni filem Melayu yang aku tak pernah tengok langsung iaitu Skrip 7707. Amacam cerita dia erkk? best tak?
Ni sinopsis dia kalau ada diantara korang yang senasib dengan aku, hehehehe.
Pengarah | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penulis:
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lakonan:
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Krew:
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penerbit:
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang seorang penerbit yang mempunyai himpunan skrip. Beliau di dalam proses menghasilkan sebuah filem seram tetapi menghadapi masalah untuk mendapatkan satu skrip filem. Beliau telah mengarahkan pembantunya mengiklankan dalam suratkhabar harian mengenai perjumpaan kepada mereka yang boleh berkongsi cerita – cerita seram berdasarkan pengalaman atau cerita – cerita yang pernah didengari oleh mereka.Cerita yang terpilih akan mendapat imbuhan. Perjumpaan tersebut diadakan di sebuah tempat yang strategik. Pada malam yang ditetapkan, penerbit tersebut telah pergi ke lokasi yang telah ditetapkan. Kedatangan beliau telah dinantikan oleh seramai 9 orang peserta yang telah bersedia untuk berkongsi cerita seram dengan beliau. Perjumpaan pada malam tersebut telah dirakamkan dalam bentuk video sebagai bahan rujukan beliau. Cerita dimulakan dengan cerita pengalaman penerbit itu sendiri iaitu dengan menceritakan kisahnya yang berlaku semasa beliau mula – mula menjejakkan kaki ke menara gading. Cerita diteruskan dengan pencerita kedua sehingga yang terakhir. Setelah selesai, beliau merasa puas hati dengan koleksi cerita yang telah diperolehinya. Setelah mengucapkan terima kasih kepada semua, beliau pun pulang. Pada keesokkan harinya, sewaktu penerbit itu sedang menyiapkan skrip tersebut, pembantu peribadinya memaklumkan kepada beliau mengenai sambutan iklan yang telah disiarkan dalam suratkhabar dan ramai yang berminat untuk berkongsi kisah mereka. Pembantunya juga mengingatkan bahawa pada malam hari ini perjumpaan tersebut akan diadakan. Penerbit tersebut terkejut dan mulai berasa hairan kerana perjumpaan tersebut telah pun diadakan pada malam sebelumnya. Kerana tidak berpuas hati dengan mesej yang disampaikan oleh pembantu peribadinya, beliau telah memainkan semula rakaman yang telah dirakam pada malam tersebut. Tetapi beliau sangat terkejut apabila mendapati hanya audio sahaja yang kedengaran tanpa ada visual di dalam rakaman tersebut. Yang menjadi persoalannya, siapakah orang yang ditemui pada malam tersebut. Beliau sendiri tidak pasti. Yang pastinya, beliau telah memporelehi bahan cerita yang diingininya selama ini. |
So apa lagi jom pi runtun kat depan TV right now!!!!!!!!! Yeehaaaaaa.
Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.