Exco Saran Imarah Surau Sekolah Di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 23 Julai (Bernama) -- Surau sekolah terutama sekolah harian di negeri ini disaran supaya mengadakan program pengimarahan terutama pada waktu solat Maghrib dan Isyak.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata banyak manfaat sekiranya program seumpama itu dilaksanakan, antaranya ia dapat mengurangkan pelajar bermasalah dan gejala melepak pada waktu malam.



"Apa salahnya di samping mengadakan kelas malam, disertai pula dengan mengimarahkan surau. Ini secara tidak langsung dapat mengintegrasikan program di mana anak-anak belajar kelas malam dan ibu bapa turut hadir bersama sembahyang berjemaah.

"Saya cadangan supaya program ini diadakan bersama antara Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada lima buah masjid dan 23 buah surau di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Seberang Takir di sini Isnin.

Ahmad Razif berkata beliau mendapati penggunaan surau di sekolah harian hanya pada solat Zohor dan Asar manakala solat Maghrib dan Isyak tidak diadakan sembahyang berjemaah.

-- BERNAMA

Bagus kalau niat nak mengimarahkan surau memang bagus tapi kena ada pemantauan, aku pun pernah remaja. Kalau ada programs macam nie macam-macam aku tengok, blakang surau isap gam dan ganja, meraba buah dada perempuan kat sebelah saff perempuan, dan macam-macam lagi. Jadi aku sarankan supaya guru-guru yang memantau bukanya letakkan pengawas sebab dulu kat sekolah aku pengawas lah yang rasa buah dada budak perempuan nie.

Ulasan