Botok-Botok Sajian Istimewa Johor Di Bazar Ramadan

JOHOR BAHARU, 25 Julai (Bernama) -- Bagi bukan anak jati Johor, pertama kali mendengar 'botok-botok' yang terlintas di minda ialah :"Huh? Botox ke?". (Botox ialah suntikan yang lazim dikaitkan dengan kecantikan)

Namun, hakikatnya jauh panggang dari api kerana botok-botok yang dimaksudkan ialah sejenis makanan tradisi masyarakat Jawa di negeri ini dan hanya diperoleh ketika bulan Ramadan.

Seorang peniaga botok-botok di sini, Abdul Rahman Abdul Azizi berkata juadah itu berupa isi ikan tenggiri yang dicampur dengan pelbagai jenis ulam.

"Hampir keseluruhan kandungan di dalam sebungkus botok-botok adalah dedaun yang berkhasiat dan membekalkan serat untuk memudahkan sistem penghadaman.

"Ia merupakan campuran isi ikan tenggiri, kerisik dan ulam seperti daun pucuk ubi, daun betik, mengkudu, semangkuk, ulam raja, bebuas serta selasih yang kemudian dikukus di dalam daun pisang selama 30 minit," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Bazar Ramadan Taman Suria di sini.

-- BERNAMA




Dulu ayah is pernah jual botok-botok nie, kat Penang kitaorang panggil otak-otak. Jual kat Simpang Empat, memula ramai tak tahu lagi makanan nie, lepas sehari dua jualan laris. Tapi sayang supplier tak pandai jaga kitaorang masa tu. Dia tak bagi kitaorang otak-otak yang fresh, dia kasi yang dah nak lemau.

Ulasan