Dunia sekarang sudah terbalik, lintang pukang, perempuan yang risik lelaki pulak sekarang nie memang pelik-pelik apa dah nak jadi, tapi memang tak leh hairan sangat sebab perempuan dah lebih ramai daripada lelaki zaman sekarang nie.
KUALA LUMPUR, 20 JULAI 2012: Bermula dengan Colby O' Donis menerusi lagi What You Waiting For serta diikuti dengan rapper Flo Rida dalam lagu Take Over, kolaborasi Mizz Nina bersama kedua-dua penyanyi antarabangsa ini memang tidak mengecewakan.
Malah, kedua-dua lagu yang mempunyai kekuatan yang tersendiri ini bukan saja diterima baik oleh peminat muzik tempatan, malah menjadi favourite di kalangan club goers yang gemarkan lagu-lagu berkonsep club dance seperti ini.
Biarpun masih sibuk mempromosikan Take Over bersama album studio barunya yang turut mengangkat judul yang sama, Mizz Nina nama sebenarnya , Shazrina Azman mengakui sedang merisik pula seorang penyanyi K-Pop lelaki popular untuk berkolaborasi dengannya menerusi single terbarunya yang akan datang.
Kata Mizz Nina, sudah tiba masanya untuk dia mencari peluang menembusi pasaran negara Korea, sementelah pula muzik K-Pop sudah semakin meluas diterima, bukan sahaja daripada peminat muzik Malaysia, bahkan juga antarabangsa.
"Saya dalam proses untuk berurusan dengan seorang penyanyi lelaki Korea bagi projek single seterusnya. Namun, saya tidak boleh memberitahu dahulu siapa penyanyi tersebut sehingga betul-betul dia bersetuju untuk berkolaborasi dengan saya.
"Jika berjaya mendapat persetujuan untuk berkolaborasi bersama dengan penyanyi K-Pop tersebut, berkemungkinan saya akan cuba hasilkan single baru bersamanya pada akhir tahun ini atau awal tahun hadapan.
"Memandangkan muzik K-Pop sedang 'in' sekarang ini, apa salahnya saya mengambil peluang meluaskan kerjaya seni muzik saya dengan cara begini. Lagipun dalam masa yang sama target saya selepas ini adalah untuk menembusi pasaran negara di sana (Korea) pula," katanya kepada murai.com.my pada majlis tayangan prebiu filem Hantu Gangster di TGV Cinema, kelmarin.
Ditanya mengapa artis luar masih lagi menjadi pilihannya dan bukannya penyanyi tempatan, Mizz Nina memberitahu, bukan dia tidak mahu berkoloborasi dengan penyanyi tempatan tetapi dia dalam perancangan untuk mengadakan projek besar bersama artis Malaysia pada akan datang.
"Sebenarnya saya sudah ada perancangan dengan penyanyi Malaysia, ianya projek yang melibatkan beberapa nama tetapi saya rasa tidak perlu untuk diberitahu dahulu. Apa yang boleh saya katakan, tunggu dan nantikan sahaja," jawabnya yang belum pernah berkolaborasi dengan penyanyi tempatan selain suaminya, Noh Hujan.
Sementara itu, Mizz Nina yang masih sibuk mempromosikan album Take Over di dalam dan luar negara memberitahu, dia bakal melancarkan serta mengadakan persembahannya di Melbourne, Australia pada hujung tahun ini.
"Insya Allah pada Oktober ini saya akan melancarkan album Take Over di sana kemudian satu lagi projek akan menyusul iaitu konsert jelajah Take Over Tour. Take Over Tour turut akan dijayakan di Melbourne dan Singapura selain beberapa negeri di Malaysia seperti Pulau Pinang, Johor, Kuala Lumpur dan banyak lagi," tambahnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Mizz Nina dalam proses merakamkan video muzik untuk single terbarunya berjudul Summer Burning.
Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.