Bersiaran Waktu Maghrib Satu Tanggungjawab Yang Mendebarkan - DJ Pahang FM


KUANTAN, 24 Julai (Bernama) -- Majoriti pengacara Pahang FM yang bertugas pada waktu Maghrib di bulan Ramadan pernah merasai debaran untuk mengira detik memutarkan laungan azan di corong radio Pahang FM.

Kiraan detik itu merupakan satu tugasan yang mendebarkan buat pengacaranya Ain Sujaihah Mohd, 31, ketika mula-mula bertugas lapan tahun lalu.

"Walaupun sudah lapan tahun bekerja dengan RTM, bertugas pada waktu maghrib terutama ketika diminta mengganti pengacara lain masih mendebarkan.

"Sebab kita tahu kebanyakan orang di negeri ini mendengar Pahang FM terutama di hotel-hotel dan restoran, untuk waktu berbuka puasa," katanya.

Bagi pengacara baru Syukri Suratman, 25, pula pengalamannya yang hanya baru setengah tahun sebagai pengacara radio juga tidak kurang debarannya.

-- BERNAMA

Biasalah dah kerja menjadi penyampai radio, kena ikut jadual tugasan masing-masing. Pastikan kurma dan air kacang soya ada kat sebelah baru boleh meletup radio.




Ulasan