Semalam lepas balik dari kedai aku, terus menuju kerumah aku, sampai je depan umah aku dok rileks jap. Macam biasa lah orang kata. Aku bersantai dengan kucing-kucing aku yang mengandung ada yang nak mengawan pun dok ada. Dok tengah ayat kucing betina.
Sambil-sambil santai tu aku suka tengok gelagat kucing-kucing nie. Ada yang peramah bila aku duduk ja kat atas bangku tu terus kucing tu datang nak gesel-gesel muka dia kat kaki aku. Ada yang bad moody, sebab kucing lagi tua datang nak ceroboh kawasan dia. Bab ceroboh nie aku pun panas, mana tidaknya kita bukan bela pun kucing tu, dia datang nak cerobok, pastu pukul kucing aku dan makan makanan kucing aku. Tak bleh tahan aku gemai-gemai kertas surat khabar lama kat atas meja luar nie terus aku baling ke arah kucing yang datang ceroboh tu. Terus lari hehehe.
Santai punya santai, aku nak masuk umah tengok tv pulak, kepala tengah nyut-nyut sakit, masa nak masuk aku buka selipar aku macam biasa, tak semena-mena aku terasa tapak kaki kiri aku berlendir dan sejuk semacam jerk. Aku alih kaki rupanya kucing dah buat tandas depan pintu, yang nie lagi aku hangin satu badan. Terus aku buka paip tepi rumah cuci kaki dan cuci lantai tu sekali dengan-dengan kucing aku pun terus kena mandi malam tu, padan muka. Tapi orang tua-tua pernah kata, kalau nak naik kerumah basuh la kaki dulu, so aku rasa betul dan ada gunanya jugak orang tua-tua dulu kata macam tu. Kaki jadi bersih rumah pun cantik.
Ok aku lepas tu buka tv lah macam biasa, tengok kat astro citra tengok-tengok muka awek idaman aku dok ada, Norliana Samsudin. heheheheheh jangan marah. Tengah bagi penendang kat anak buah dia. Aku suka semua lakonan Norliana Samsudin sejak dari filem Selamat Pagi Cinta lagi. Ok cerita banyak-banyak pun leh batal puasa sebab semuanya berkaitan dengan nafsu, jadi ini adalah sinopsis cerita Bini-biniku Gengster:
Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya.
Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.
Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam..
Ramai yang kata cerita nie curik idea My wife is gengster, tapi aku rasa tak kot sebab jalan ceritanya lain sungguh. Ada gak yang kata idea dan kretiviti produksi filem Melayu ciplak orang punya, aku rasa baik orang tu mengaji sejarah Melayu balik laa. Melayu kalau dengan perkataan gengster nie memang dah senonim sejak 200 tahun yang lalu. Ok pepehal pun enjoy your self, dan selamat bersantai.
nanti nak tgk lah citer nie..hehee;)
BalasPadamhehhe tengok jangan tak tengok best..... memang nak cari bini yang macam nie kalau boleh.
BalasPadam