AWAS! PISANG GORENG PEMBUNUH!


Hahaha tengok tajuk yang is post nie mesti ramai yang terkejut dan setengah-setengah senyum sinis(dalam hati eleh is nie copy artikel orang), ya betul is memnag copy artikel nie sebab faktanya tetap sama dan hakikatnya tetap sama sebab bahasanya tetap bahasa Melayu, yeaaahh.

Ok kita jangan pening-pening, is nak sebarkan maklumat nie sebenarnya, melalut nak cari maklumat lain terjumpak maklumat lain, jadi ceritanya begini lah, pisang goreng boleh membunuh. Bagaimana tu is? oppss is tak reti nak olahkan cerita nie korang baca artikel paste nie di bawah ok:


Sepiring pisang goreng yang rangup pasti menyelerakan. Tetapi berhati-hatilah kerana sepiring pisang goreng ini mungkin boleh membunuh!

Adik Yong seorang pakar masakan. Dia pakar bukan macam chef, tapi pakar dalam pengurusan masakan yang sesuai untuk jualan (makanan sejuk beku dan sebagainya). Menurutnya ada peniaga menggoreng pisang dalam minyak yang dicampur plastik! Tujuannya supaya pisang itu kelihatan berkilat dan rangup. MasyaAllah! Terkejut Yong mendengar ceritanya. Ada orang yang sanggup buat begitu demi mengaut keuntungan. Yong pun cari dalam internet lalu terjumpa blog ini. Penulis blog menceritakan bagaimana menghasilkan pisang goreng plastik ini. Berikut petikan tulisan tentang pisang goreng plastik ini:

Bukan prejudis atau mahu mengganggu periuk nasi sesiapa, namun sudah tiba masanya penggemar makanan ringan ini lebih berwaspada dan tidak cepat teruja menikmati pisang goreng yang dijual peniaga tanpa usul periksa, apatah lagi pisang goreng yang dijual itu menjadi kegilaan dan tumpuan masyarakat setempat.

Percayakah anda, baru-baru ini, kawan saya melihat sendiri bagaimana seorang peniaga merendam plastik minyak masak beserta minyaknya sekali kedalam kuali yang berisi minyak panas? Kemudian, peniaga tersebut mengoreng pisang tersebut seperti biasa. Tergaman kawan saya itu. Huh!

Inilah taktik terbaru peniaga yang mengejar keuntungan tanpa memikirkan kesan kesihatan orang lain.  Ada juga sesetengah peniaga yang membuat campuran bahan plastik dalam ramuan tepung sebelum digoreng bersama pisang untuk memastikan pisang goreng mereka kekal rangup berjam lamanya.

Beradasarkan maklumat diperoleh, taktik popular dan tidak melibatkan kos mula diamalkan peniaga pisang goreng. Apa dilakukan, peniaga akan mencairkan bekas air mineral atau penyedut air dalam minyak panas sehingga sebati sebelum meletakkan pisang ke dalam minyak berkenaan. Plastik yang sememangnya bersifat kedap udara akan menyaluti pisang tersebut membolehkan pisang tersebut kekal segar dan rangup.

Seterusnya di sini. 

Plastik mengandungi bahan kimia seperti bisphenol A (BPA) dan phthalates boleh menghuru-harakan system endokrin (endocrine system) dalam tubuh badan kita. Kesannya boleh mengakibatkan ketidakstabilan hormon yang akan menyebabkan masalah tumbesaran dan penyakit2 lain seperti kegemukan, kencing manis, barah payudara, barah prostrate dan kemandulan. Penyakit2 inilah sekarang yang kian meningkat dideritai oleh ahli masyarakat modern di negara kita.


Bayangkan jika bahan2 kimia ini masuk ke dalam sistem endokrin kita melalui makanan! Tolong sebarkan maklumat ini.

Bagi mereka yang ingin berniaga pisang goreng, tepi jalan atau kedai makan, tolong jangan hanya fikir tentang keuntungan sahaja. Jika anda pernah melakukannya, mintalah keampunan dari Allah dan jangan melakukannya lagi. Ini kerana anda mungkin telah memudaratkan orang dan menyebabkan kematian!

Kepada peniaga diluar sana yang berniaga goreng pisang, jangan lah buat benda macam nie ok? Tak baik di akhirat kelak mampu ke nak jawab kepada orang-orang yang telah korang aniaya tu?

Artikel sumber AWAS! PISANG GORENG PEMBUNUH!



Ulasan