KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2012: Ekoran daripada gambar dan cerita yang dikeluarkan Murai Batu semalam tentang penyanyi lelaki separa bogel, ramai yang tertanya-tanya siapakah penyanyi yang dimaksudkan itu.
Bagi mendapatkan komen dan penjelasan daripada tuan empunya badan sendiri, portal Murai telah berusaha untuk mewawancara penyanyi yang dimaksudkan itu, Akhirnya, Iz Sulaini tampil memberikan penjelasan mengenai gambar itu.
Menurut Iz Sulaini, tujuan dia meletakkan foto tersebut di laman Twitter adalah kerana dia mahu berkongsi dengan pengikutnya mengenai aktiviti gim dan perkara yang dia lakukan. Dalam masa yang sama dia mahu berterima kasih kepada sebuah fitness center yang menaja aktivitinya itu.
"Foto tersebut saya ambil selepas pulang daripada gim dan bagi saya akaun Twitter sememangnya tempat untuk kita berkongsi apa sahaja perkara dengan followers.
"Jadi tidak salah untuk saya mengajak para followers saya mengikut jejak langkah saya ke gim. Lagipun saya tengah mempersiapkan diri untuk projek muzik video saya yang seterusnya.
"Saya tidak sangka ia akan menjadi panas dan kontroversi kerana saya lihat ramai juga selebriti tempatan berkongsi foto sedemikian dengan peminat. Kalau nak kata seksi, rasanya tidak pula kerana foto tersebut diambil secara pandangan sisi jadi saya rasa tidaklah seseksi mana.
"Tapi jika ada yang merasakan ia seksi, saya mohon maaf kerana itu bukan tujuan utama saya berbuat demikian dan tidak lupa kepada Celebrity Fitness Malaysia yang menaja aktiviti saya di gim selama ini. Terima kasih saya ucapkan,"ulasnya kepada murai.com.my.
Iz Sulaini yang kini sedang popular dengan lagu Cinta Akhir sedang dalam rangka perancangan untuk menghasilkan klip video terbarunya. Oleh sebab itu dia sibuk mempersiapkan diri dan minda dengan berkunjung ke gim tersebut.
Lerrr seksi mai tang mana pulak dah nie? iskiskiskisk kalau takat gambar lelaki orang tak mau layan sangat aiihh takkan cari publisiti murah kowt dengan sebaran gambar separuh bogel nie? Faizal Tahir umpamanya buka baju pastu balik kat audience semua bajut glamor style Metallica la kononnya. Semuanya hancus brother, buat malu kaum aja.
Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.