Artis Hollywood Banyak Ragam

Terus terang, Malam Tahun Baru lalu Murai Batu hanya lepak di rumah, meraikan bersama rakan-rakan. Rasanya itu lebih baik daripada berpeleseran di tengah Kuala Lumpur yang dipenuhi dengan ribuan manusia dan geng mat rempit.

Sebenarnya Murai Batu kurang gemar sangat tengok perangai remaja sekarang yang suka sangat menyembur orang lalu lalang dengan bermacam penyembur. Ada yang berwarna-warni dan ada jugak yang macam foam warna putih ala salji.

Murai Batu perhatikan, malam Krismas lalu, habis kereta orang dan pelancong di sekitar Bukit Bintang, KL terkena semburan benda melekit itu. Yang suka tu sukalah, tapi yang tak suka, alamat kena maki hamun percuma saja!

Bercerita pasal Tahun Baru 2008, Murai Batu merasakan media di Barat tak habis-habis memberikan tumpuan kepada tiga orang minah sensasi ini - Lindsay Lohan, Paris Hilton dan Britney Spears.

Dari 2006 hingga 2007 sampai ke 2008, asyik-asyik press di sana tak habis-habis berlumba memaparkan cerita mereka bertiga.

Kalau Paris yang tak habis-habis dengan hobi menukar teman lelaki (yang terbaru pula bekas suami Britney, Kevin Kederline) serta aktiviti liarnya, Lindsay Lohan atau nama pendeknya, L.Lo, terjebak pula dengan pemanduan mabuk gara-gara suka mengambil minuman keras.

Harap-harap L.Lo cepatlah sedar dan kembali normal macam mula-mula dulu. Bukannya apa, Murai Batu suka dengan kualiti lakonannya dalam filem Mean Girl dan Just My Luck. Kalau boleh, biarlah dia mendapat watak besar pada 2008.

Britney, usah dikatakan lagi. Sejak hak penjagaan dua orang anaknya ditarik, bermacam kisah gempar terjadi kepadanya. Walaupun begitu, Britney masih tak serik-serik dengan perlakuan buruknya dan terus dilanda tekanan hidup. Mungkinkah 2008 akan menyaksikan kepulangan Britney di hati peminatnya dengan imej bersih selain dapat bersama dia anaknya itu?

Tahun 2008 turut menyaksikan empat nama besar iaitu Jennifer Lopez, Jessica Alba, Helle Berry dan Nicole Richie bakal bergelar ibu tidak lama lagi. Tapi adakah mereka akan aktif kembali selepas mendapat anak?

Satu lagi yang dinanti-nantikan tentunya kemunculan semula Carrie (Sarah Jessica Parker) bersama rakannya menerusi The Sex and the City Movie, sekitar Mei nanti. Murai Batu batu sedar peminat akan turut menunggu.

Lain pula kisahnya dengan pemenang Oscar, Jennifer Hudson kerana akan muncul dengan album solo. Khabarnya album berkenaan adalah di bawah pengawasan prosuser Clive Davis.

Ulasan