Aiman Selesa Bersama Tasha Shilla



Bekas peserta Mentor 5, Aiman Hakim Redza akui selesa berlakon bersama pelakon yang sedang meningkat naik, Tasha Shilla.

Dia yang ditemui baru-baru mengakui selesa  dan sangat teruja digandingkan bersama Tasha Shilla untuk telefilem Ombak Rania yang telah ditayangkan di Astro Ria (104) pada 12 Julai yang lalu.

“Saya berasa selesa berlakon dengan Tasha kerana kami boleh bekerjasama dengan baik untuk menjayakan telefilem Ombak Rania ini.

“Saya lihat Tasha telah melakukan yang terbaik untuk menjiwai wataknya sebagai Puteri Duyung Rania. Saya sangat kagum dengan komitmen yang diberikan oleh Tasha semasa sesi penggambaran dijalankan,” ujarnya kepada Astro Gempak.

Mengulas lanjut mengenai wataknya dalam Ombak Rania, Aiman tidak memandang ringan untuk memegang watak sebagai Tengku Farid. Walaupun watak seperti itu pernah dilakonkan, Aiman tetap fokus dalam menjiwai karakter sebagai seorang pelajar ‘marine biology’.

“Saya tidak ambil mudah atau sambil lewa dalam menjiwai watak Tengku Farid dalam Ombak Rania. Walaupun watak tersebut nampak mudah, saya mengambil inisiatif sendiri untuk membuat sedikit kajian tentang latar belakang jurusan tersebut untuk diapplikasikan dalam lakonan,” katanya lagi.

Selain itu, Aiman turut berkongsi tentang perkembangan terbarunya selepas penglibatannya dalam Ombak Rania. Menurut Aiman, dia sangat bersyukur kerana rezekinya dalam bidang lakonan semakin bertambah terumatanya di bulan Ramadan.

“Saya sangat bersyukur kerana telah diberi kepercayaan untuk menjayakan pelbagai telefilem selain jemputan untuk menjayakan program Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Terbaru Insya Allah, saya akan terlibat dalam telefilem Raya Aidil Dan Fitri yang bakal ditayangkan di saluran Al-Hijrah,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Ombak Rania mengisahkan kehidupan Puteri Duyung Rania di Empayar Insangpuri yang kehilangan bondanya sejak kecil namun gembira kerana kehadiran ibu tirinya iaitu Permaisuri Siti Orcha. Tanpa disedari ibu tirinya itu mengamalkan ilmu hitam dan cuba untuk membunuh Puteri Duyung Rania kerana iri hari dengan kecantikkan beliau.

Permaisuri Siti Orcha mengarahkan Panglima Awal untuk membunuh Puteri Duyung Rania, tetapi atas sifat belas kasihan, Panglima Awal membawa Puteri Duyung Rania berjumpa dengan Dukun Diraja. Demi menyelematkan nyawa Puteri Duyung Rania, Dukun Diraja menganugerahkan Puteri Duyung Rania sepasang kaki untuk dicampakkan ke dunia manusia.

Puteri Duyung Rania telah muncul di kolam renang Tengku Farid, pelajar ‘marine biology’ yang tampan. Dari kejadian itu, bermula bibik cinta antara Tengku Farid dan Puteri Duyung Rania selain konflik yang berlaku antara Permaisuri Siti Orcha yang berusaha memburu Puteri Duyung Rania untuk membunuhnya.

Tasha memang berbakat, jadi jangan la komen yang bukan-bukan pulak yerk?


Ulasan