Aik Zizan Nin Akui Rusdi Ramli Sama Hebat Pulak?


KUALA LUMPUR, 24 JULAI 2012: Meskipun filem cereka, Tanda Putera (TP) yang mengangkat kisah perjuangan dua negarawan iaitu Tun Abdul Razak (TAR) dan Tun Dr Ismail (TDI) sehingga kini masih belum dapat dipastikan tarikh tayangan umumnya, namun sudah bermacam-macam cerita yang dibangkitkan sebaik saja berakhirnya tayangan prebiunya pada 18 Julai lalu.

Rata-rata pihak media dikatakan cukup berpuas hati dengan lakonan mantap oleh setiap barisan pelakon terutama lakonan Zizan Nin yang membawakan watak TDI dalam filem terbitan Pesona Pictures Sdn Bhd (Pesona Pictures) itu,

Malah, kebanyakan mereka berpendapat, lakonan Zizan Nin lebih menonjol berbanding Rusdi Ramli yang memegang teraju utama sebagai TAR dalam filem tersebut.

Ketika berpeluang menemubual Zizan Nin menerusi kiriman emel, dia nyata menerima pujian tersebut dengan hati yang senang, namun tetap tidak mengenepikan usaha yang telah Rusdi Ramli sumbangkan bersama-sama dengan wataknya.

Berikut adalah soal jawab murai.com.my bersama Zizan Nin.

MURAI: Apakah perasaan anda apabila mendengar pandangan positif daripada media yang menyatakan lakonan anda lebih menonjol daripada pelakon yang lebih berpengalaman seperti Rusdi Ramli?

ZIZAN NIN: Apa saja pujian dan kritikan saya terima dengan tangan dan hati yang terbuka dan saya masih menanti maklum balas dari pelbagai pihak di luar sana. Ingin saya maklumkan di sini, dari segi kajian dan rujukan team TP semasa sesi latihan dan perbincangan jitu, TAR dan TDI masing-masing mempunyai karektor yang berbeza tetapi matlamat mereka tetap sama iaitu mahu mempertahankan negara kita ini, dan akrabnya hubungan mereka bagaikan aur dengan tebing, saling memerlukan dan tidak dapat di pisahkan, begitulah penyatuan kedua-dua watak ini yang saya dan saudara Rusdi bawakan.

Jika ramai yang mengatakan saya membawakan watak TDI dengan baik ini bererti saudara Rusdi juga memberikan yang terbaik. Saya telah diamanahkan untuk membawakan watak TDI oleh penerbit & pengarah, Datin Paduka Shuhaimi Baba. Jadi saya perlu melaksanakan amanah tersebut dengan jujur dan sebaik mungkin, itu tugas saya sebagai seorang pelakon, dan saya ingin menjadi seorang pelakon profesional.

MURAI: Adakah anda akui pandangan positif tersebut?

ZIZIAN NIN: Saya berterima kasih kepada pihak media yang sudi memberikan ruang publisiti kepada saya khususnya dalam filem TP amnya. Sebagai pelakon, saya bukan sahaja bekerja untuk pasukan produksi sesebuah filem, tetapi saya juga perlu memenuhi jangkaan mereka di luar sana iaitu penonton filem. Maklum balas mereka juga adalah Penanda Prestasi Utama ( KPI) saya, jadi merekalah yang berhak menilai mutu lakonan saya dan filem ini secara keseluruhannya.

MURAI: Apakah cabaran-cabaran yang dilalui untuk melakonkan watak Tun Dr Ismail (TDI) yang anda galas dalam filem ini?

ZIZAN NIN: Membawa watak seorang tokoh seperti TDI memberi cabaran yang berbeza berbanding dengan watak-watak rekaan atau "fictional" kerana ketika perlu menjadi TDI, saya perlu menanamkan jiwanya ke dalam jiwa saya, dan meletakkan diri saya di dalam situasi beliau ketika itu.

Daripada saya perlu berfikir bagaimana saya harus mengungkapkan bicara, bagaimana mengatur gerak anggota, bahasa badan dan sebagainya, juga hubungan watak saya dengan watak-watak lain di dalam filem ini, adakah saya menyukai mereka?, bagaimana pula perlakuan saya jika sebaliknya?

Saya juga berpeluang melihat watak saya sebagai seseorang yang sebenar- benarnya wujud, dan bukan sekadar satu watak yang dicipta di dalam sebuah cereka, yang mempunyai latar dan kisah hidup tersendiri. Sehinggakan ianya terbawa-bawa dalam mimpi saya yang saya bertemu arwah dan dapat melihat arwah di depan mata.

MURAI: Bagaimana anda mengkaji serta menjiwai watak TDI sedangkan arwah sendiri sudah lama meninggal dunia?

ZIZAN NIN: Latihan yang diberikan Pesona Pictures begitu luar biasa dan banyak membantu saya menzahirkan watak TDI. Selain itu saya telah memerapkan diri di Perpustakaan Negara dengan membaca buku-buku biografi arwah TDI seperti The Reluctant Politician dan Kejora Timur yang Mengerdip, nyata beliau seorang yang pragmatik dan bijaksana, sangat teliti terutama dalam soal undang-undang dan politik.

Saya juga berpeluang ditemukan dengan anak arwah TDI iaitu Tawfik untuk sesi temubual, selain membuat kajian sendiri dari internet, dan juga atas nasihat dan pandangan bapa mertua saya sendiri, anak jati kampung baru yang pernah menyaksikan dan melalui sendiri peristiwa 13 Mei 1969.

MURAI: Apakah harapan awak terhadap filem Tanda Putera (TP)?

ZIZAN NIN: Salah satu harapan saya yang paling besar adalah agar TP akan ditonton oleh seberapa ramai yang mungkin, kerana sejarah harus dikongsi, apa yang tidak diketahui harus di ketahui, agar segala yang baik boleh di jadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan, dan sebarang bentuk tragedi tidak diulang.

Nanti is bawa kawan-kawan is pegi tonto cerita nie kat pawagan nah? Jangan risau Zizan nin, hehehe lama gak tak layan cerita cerita slow macam nie. Nak kena bagi slowdown blood presser kadang-kadang. 


Ulasan