Adakah Benar Prince Of Pop Dan Max 24:7 Saling Bermusuhan?


KL, 22 JULAI 2012: Selain kisah penceraian artis yang mendapat liputan luas media, Murai Batu lihat cerita pergaduhan antara selebriti juga semakin mendapat perhatian.

Malah, selepas satu kes selesai, datang satu lagi kes tersebar di dada akhbar atau pun internet.

Terbaru, Murai Batu mendapat tahu, kumpulan anak didik produser dan penyanyi, Cat Farish iaitu POP (Prince Of Pop) cemburu dengan kumpulan Max 24:7.

Dalam bahasa jahatnya, POP dengki dan menganggap Max 24:7 sebagai musuh. Betul ke?

Dengarnya, kes ini berbangkit berikutan hal penerimaan bayaran yang diterima Max 24:7 pada Hari Belia 2012 yang diadakan di Putrajaya, Mei lalu.

Selain cemburu dengan bayaran Max 24:7 yang mencecah hampir RM100,000, POP yang dibarisi empat anak muda dari Kota Kinabalu ini dikhabarkan cemburu dengan Max 24:7 yang dipilih mengadakan persembahan di pentas utama bersama artis K-Pop yang hadir.

Malah, mereka telah melabelkan kumpulan ini masih belum setaraf untuk mengadakan persembahan di pentas itu.

Bagaimanapun, menurut sumber yang mahu kes ini segera selesai memberitahu kritikan ini sebenarnya diluahkan oleh salah seorang orang kuat kumpulan Pop.

Siapa orang kuat itu? Cat Farish ke? Tak mungkin Cat berbuat sebegitu kerana kalau Murai Batu tidak silap, Cat seorang yang amat profesional.

Apa sekalipun, diharap gosip ini bertemu jalan penyelesaian kerana sememangnya dalam industri hiburan kita ini amatlah kecil sangat. Pusing-pusing jumpa juga.

Janganlah bermusuh tetapi bersainglah untuk kejayaan bersama.

Korang tengok penampilan gempak dan ganas gila, tapi cuba tengok kualiti nyanyinya pula adakah boleh diketegorikan artis atau pun hanya kumpulan boria semata-mata? Pastu nak bermusuh-mushan pulak. Ekeleh





Ulasan