Nyahkan lemak tubuh anda melalui Liposonix

Ahaaa ini rencana is suka sangat sebab kat luar sana ramai sahabat-sahabat is tengah mencari kaedah atau rawatan untuk buang lemak kan? So jom baca rencana nie is pun santhek menarik tertarik dah nie.

Malaysia, rencana, rawatan, buang, lemak, hanya, sejam, Liposonix, Pusat Perubatan Beverly Wilshire



KUALA LUMPUR - Sungguh menakjubkan! Hanya dalam tempoh sejam, berat badan anda akan berkurangan!. Semua orang mengidamkan bentuk tubuh yang menawan, tetapi ada kalanya, mengawal pemakanan dan bersenam sahaja tidak memadai untuk membantu anda memiliki bentuk tubuh sedemikian.

Di sinilah rawatan 'Liposonix', prosedur untuk mengurangkan lemak tanpa melibatkan pembedahan, boleh membantu anda. Rawatan selama sejam yang tidak memerlukan penjagaan susulan ini menggunakan teknologi ultrasound termaju yang mampu menghapuskan lemak yang tidak diingini untuk selama-lamanya, termasuk lemak yang dianggap degil.

Seseorang yang menjalani rawatan ini boleh terus kembali aktif aktiviti seharian, tanpa perlu berasa risau tentang kesan sampingan yang mungkin dialami. Bagaimanapun, hasil optimum daripada rawatan ini akan lebih ketara selepas lapan hingga 12 minggu.

Selamat     

Penulis beruntung kerana diberi peluang mencuba rawatan berkenaan baru-baru ini. Setelah yakin bahawa rawatan ini 100 peratus selamat dan merupakan suatu kaedah yang tidak bersifat invasif serta hanya memberi ketidakselesaan minimal, maka penulis bersetuju untuk menjalaninya. Sebelum menjalani rawatan, bakal pesakit akan ditemu bual dan diberi taklimat mengenai kaedah yang digunakan serta perkara yang akan dialami semasa rawatan.

Bagaimanaun, perlu ditegaskan bahawa mereka yang memiliki tisu adipos setebal kurang 1.0 sentimeter di bahagian yang ingin dirawat dan mereka yang menggunakan implan atau sebarang bendasing di kawasan yang ingin dirawat, tidak sesuai mendapatkan rawatan ini.

Ultrasound 

"Rawatan ini menggunakan tenaga ultrasound berkepadatan tinggi terfokus atau HIFU untuk mengurangkan lemak di bahagian pinggang, tanpa melibatkan pembedahan. Ketika rawatan, kepala alat Liposonix diletakkan pada bahagian yang hendak dirawat, tanpa mencederakan kulit. Hanya tisu lemak di bawah kulit yang akan musnah untuk selama-lamanya.

"Lemak yang dirawat itu akan dikeluarkan secara semula jadi," kata Dr Liow Tiong Sin, pakar estetik dan pengarah eksekutif Pusat Perubatan Beverly Wilshire di Kuala Lumpur.

Menurut Dr Liow, rawatan ini dikaji secara mendalam melalui penyelidikan dan ujian yang dilakukan selama lebih satu dekad dan sejak ia mula dicipta. Di Amerika Syarikat, sistem ini hanya digunakan untuk merawat abdomen dan bahagian sisi tubuh, manakala di negara Kesatuan Eropah (EU) dan Kanada, ia juga digunakan untuk merawat bahagian pinggul, paha dan punggung.

Liposonix lebih sesuai digunakan untuk lelaki dan wanita yang memiliki Indeks Massa Tubuh (BMI) tidak lebih 30. Ia pertama kali digunakan di Hong Kong pada Jun tahun lepas, manakala Malaysia menggunakan mesin pertamanya berharga RM360,000 mulai November 2012.

"Pesakit perlu berjumpa doktor untuk berbincang tentang bahagian yang hendak dirawat dan masa. Paling penting, mereka perlu mempunyai keyakinan terhadap sains di sebalik sistem Liposonix ini. Kebanyakan orang kembali bekerja atau menyambung aktiviti harian mereka pada hari berikutnya selepas menerima rawatan," Dr Liow menjelaskannya lagi.

Kemungkinan kesan sampingan 

Lazimnya, pesakit akan bertanya kepada doktor tentang kesan sampingan yang mungkin mereka alami selepas melalui prosedur ini (rawatan Liposonix). Selalunya, jawapan doktor ialah mereka boleh kembali aktif seperti sebelum mereka mendapatkan rawatan itu.

Malah, pesakit tidak memerlukan sebarang penjagaan khusus selepas menjalani prosedur ini. "Apa yang perlu mereka lakukan ialah terus mengamalkan diet dan gaya hidup
seperti yang diamalkan sebelum menerima rawatan ini," kata Dr Liow.

Ketika dirawat, ada pesakit yang mungkin berasa kurang selesa dan sakit. Selepas itu, kulit mungkin berubah menjadi merah, lebam, bengkak dan berasa tidak selesa untuk seketika.

"Saya telah lalui prosedur serupa melalui sistem Liposonix. Saya tahu bagaimana rasanya ketika menjalani rawatan ini. Adalah sesuatu yang normal sekiranya seseorang itu mengalami pelbagai rasa, kadangkala sejuk atau menyucuk, berdenyut atau panas. Bagaimanapun, secara umum, rasa dan kesan sampingan ini bersifat ringan sahaja," kata Dr Liow.

Doktor kelahiran Melaka ini memproleh ijazah dalam bidang perubatan daripada Universiti Malaya dan mempunyai 10 tahun pengalaman merawat pesakit yang mengalami masalah berkaitan estetik.

Menarik 

Wad estetik Pusat Perubatan Beverly Wilshire di Jalan Tun Razak sungguh bersih dan luas serta dilengkapi tingkap kaca yang besar untuk mewujudkan suasana terang serta lapang kepada penghuninya.

Bilik rawatannya juga kelihatan seperti dewan bedah lain, cuma tidak dilengkapi peralatan tajam.

Kini, semakin ramai mereka yang mementingkan keterampilan diri memilih kaedah ini untuk membuang lemak yang tidak mereka ingini untuk memiliki bentuk tubuh yang diimpikan. - Bernama

Ulasan

Catat Ulasan

Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.