Ruang pameran tetamu kehormat yang menarik. |
Bosan dengan urusan seharian? Apa kata luangkan masa anda dengan membawa keluarga mengunjungi Pusat Penghayatan Alam (NIC) yang terletak di Taman Wetland, Putrajaya.
Bukan sekadar pameran, pengunjung boleh merasai sendiri kehidupan yang ada di sini melalui pengisian multimedia, simulasi, kesan khas, bahan pameran statik dan interaktif, ruang dan peralatan bersifat edutainment dengan penggunaan teknologi terkini.
Antara program yang diadakan untuk menarik lebih ramai pengunjung. |
Dengan alat bantuan tersebut, anda seolah-olah mengembara ke dunia wetland bermula dari pintu masuk. Terdapat tiga tingkat ruang pameran di mana ruang pameran utama adalah aras lantai yang dibahagikan kepada lapan zon mengandungi kepentingan tasik dan Wetland yang dipaparkan melalui skrin projektor.
Kali pertama penulis mengunjungi NIC ini pada penghujung tahun lalu, dan baru-baru ini berkunjung lagi ke sini atas jemputan majlis perasmian pusat tersebut. Apa yang diperhatikan, pusat ini cukup memberi manfaat kepada pengunjung.
Bayangkan perkara yang tidak nampak dilihat seperti kehidupan bawah tanah anda boleh melihatnya dengan pameran statik. Melihat pameran tersebut, baru penulis dapat bayangkan kehidupan serangga seperti cacing yang berada di bawah sana.
Sentuhan pakar
Seluruh seisi keluarga dari kanak-kanak sehinggalah warga emas sesuai mengunjungi NIC kerana ia bersifat pembelajaran secara interaktif. Di aras bawah, terdapat pameran hidupan fauna wetland di dalam tanah, paya bakau dan air.
Ruang miniplex yang mengandungi skrin bersaiz 240 darjah menayangkan dokumentari berkaitan dengan flora dan fauna wetland, kehidupan Orang Asli kaum Semelai dan ancaman yang dihadapi oleh kawasan wetland seluruh dunia.
Dengan adanya bahan pameran menarik sebegini, pasti anak-anak tidak bosan malah tidak sabar untuk terus menerokai NIC. Di Aras Satu menempatkan pusat sumber yang mengandungi buku, majalah dan maklumat berkaitan wetland dan alam sekitar.
Ruang edutainment untuk pengisian program dan aktiviti juga disediakan. Pusat ini turut mendapat sentuhan pakar di mana pelbagai peralatan mekanikal dan teknologi maklumat terkini digunakan untuk menghasilkan visual dan pengalaman serta suasana yang lebih menarik dalam ekosistem wetland seperti aquagraphic, hologram dan sebagainya.
Ramai yang tidak tahu, salah satu komponen utama dan keunikan Putrajaya adalah tasik buatannya seluas 400 hektar yang diibaratkan sebagai permata mahkota dibangunkan sebagai tarikan pelancongan di samping sukan dan rekreasi.
Untuk memastikan kualiti air dan keindahan tasik terpelihara, sel-sel wetland memainkan peranan penting sebagai pelindung dan pengimbang sistem ekologi serta penapis air bagi Tasik Putrajaya.
NIC dibuka setiap hari bermula 9 pagi sehingga 5 petang kecuali ditutup pada Isnin. Sempena bulan sambutan Hari Wilayah Persekutuan, tiada bayaran masuk dikenakan kepada pelawat sehingga Perbadanan Putrajaya menetapkan kadar bayaran kelak.
WARTAWAN SINAR HARIAN
24 Februari 2013
Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.