Dari impian jadi realiti


Malaysia, Rencana, Sugeh, Jawa, Thorpe Ali, Shah Alam, hidangan, Padang, Timur Tengah, western, Suarez Grilled Chicken,  Goalie Beef Burger

Sugeh merupakan perkataan Jawa yang bermaksud kaya. Tidak hanya bermaksud kekayaan material, namun ia juga merujuk kepada keperibadian seseorang dan sebagainya. Namun, bagi Thorpe Ali, beliau mengharapkan aura sugeh mampu mengalir rezeki dalam kehidupan sehariannya. Lantas dengan bermatlamatkan cita-cita, Sugeh Café dibuka pada awal Januari lalu.

Terletak di Shah Alam, Thorpe yang merupakan pengarah terkenal berkata, impian untuk menceburi bidang kulinari ini sudah lama terpendam namun kesuntukan masa menyebabkan ianya di tangguh terlebih dahulu.

“Walau bagaimanapun, selepas selesai mengarah telefilem Sugeh pada tahun lalu, ruang yang ada saya ambil untuk membuat kajian dan penyelidikan sebelum membuka Sugeh Café ini,” katanya.

Uniknya menu!

Saat melangkah masuk ke café ini, penulis sudah dapat ‘menghidu’ konsep hidangan yang diketengahkan oleh pemiliknya. Perkataan Sugeh sudah cukup jelas menggambarkannya. Menurutnya, Sugeh Café mengetengahkan hidangan Padang, Timur Tengah dan western.

Malaysia, Rencana, Sugeh, Jawa, Thorpe Ali, Shah Alam, hidangan, Padang, Timur Tengah, western, Suarez Grilled Chicken,  Goalie Beef Burger
Pale Maradona Zidine Grill

“Di kawasan ini belum ada restoran atau kedai makan yang menyajikan masakan Padang, Timur Tengah dan western dalam satu bumbung. Jadi, saya memutuskan untuk memberi kelainan kepada penduduk yang tinggal di kawasan ini,” katanya.

Malaysia, Rencana, Sugeh, Jawa, Thorpe Ali, Shah Alam, hidangan, Padang, Timur Tengah, western, Suarez Grilled Chicken,  Goalie Beef Burger
Goalie beef buger

Menyentuh mengenai hidangan yang ditawarkan, beliau berkata, Nasi Goreng Ayam Sutradara dan Nasi Minyak Sugeh merupakan kegemaran pelanggannya.

“Rata- rata pelanggan yang datang gemar memesan menu signature dish Sugeh Café ini,” katanya.

Nasi Goreng Ayam Sutradara ini diolah mengikut cita rasa masyarakat Jawa atau Minang yang mempunyai rasa sedikit pedas dihidangkan bersama tempe, sambal lado dan sup.

Malaysia, Rencana, Sugeh, Jawa, Thorpe Ali, Shah Alam, hidangan, Padang, Timur Tengah, western, Suarez Grilled Chicken,  Goalie Beef Burger
Nasi Goreng Ayam Sutradara

“Kelainan inilah  memberi pengalaman berbeza kepada pelanggan kami yang datang menjamu selera di sini,” katanya.

Nasi Minyak Sugeh juga turut diolah untuk memberikan rasa berbeza dan pastinya enak pada sesiapa yang menikmatinya.

“Dengan menggunakan beras basmathi, nasi minyak ini dihidangkan bersama ayam goreng berempah, sambal lado dan sup. Ayam diperap sehari awal agar bahan perapan menyerap masuk ke dalam daging,” katanya.

Bagi mereka yang menggemari hidangan western, anda boleh mencuba Pele Maradona Zidane Grill dengan pilihan daging lembu, kambing dan ayam.

Suarez Grilled Chicken dan Goalie Beef Burger juga pasti tidak menghampakan.

Pelik dengan nama menu? Jangan risau kerana kemesraan kakitangan Sugeh Café boleh memberikan penjelasan lanjut mengenai menu yang ditawarkan.

Thorpe berkata, beliau bukan hanya memberi sentuhan baru terhadap rasa hidangan, namun juga nama menu juga diubah untuk menarik perhatian pelanggan.

“Pengunjung boleh melihat nama menu yang unik di dalam buku pesanan yang mana hidangan Sugeh Special diletakkan nama bersempena dengan elemen produksi,” katanya.

Sebagai contoh pengunjung boleh melihat perbezaan nama menunya antaranya Soto Sinematografi, Kway Teow Goreng Props, Mee Kari Pecah Penggung, Mee Sup Bajet Siput dan sebagainya.

“Pada part western, saya meletakkan nama menu bersempena nama kelab bola sepak yang diterajui oleh chef café ini iaitu One FC,”katanya.

Throphy Hotdog, Ref Grilled Lamb Chop, Coach Pitt Chicken Chop, Hatrick Mixed Grill, Ultras Fish & Chips, Champ Chicken Burger dan banyak lagi antara nama menu unik yang ada di Sugeh Café ini.

Pesan dan hantar

Sugeh juga turut memperkenalkan happy hours set antara jam 3 petang sehingga 7 malam setiap hari yang mana harganya serendah RM2 hingga RM5, termasuk minuman.

“Biasanya pada waktu petang, ramai yang menggemari makanan ringan seperti roti bakar, garlic bread, jejari kentang dan sebagainya untuk hi tea, jadi kami menawarkannya setiap hari bersama pilihan tea O, kopi O atau sirap mengikut selera pengunjung,” katanya.

Variasi bubur juga turut disediakan setiap hari seperti bubur kacang hijau sagu, bubur pulut hitam, pengat labu, bubur cacar, pengat pisang sagu, serawa durian dan sebagainya. Menyentuh mengenai perancangan, beliau bercadang untuk menambahkan beberapa menu lagi sebagai tambahan variasi kepada pelanggannya.

“Pada masa ini kami sedang membuat kajian resipi ikan bakar yang bakal diketengahkan kelak. Selain itu, pihak kami juga bercadang untuk mengadakan bufet hidangan Padang dalam masa terdekat iaitu sekitar Mac ini,” katanya.

Beliau berkata, buat masa ini, semua yang ditawarkan adalah ala carte dan akan dikekalkan juga apabila bufet itu berjalan pada bulan depan.

“Kami tidak ingin menyekat selera pelanggan malah ingin memberi lebih pilihan agar mereka berpuas hati dengan kualiti yang diberikan,” katanya.

Selain itu, Thorpe berkata, beliau akan memperkenalkan konsep penghantaran khas untuk penduduk Seksyen 9, Shah Alam.

“Jadi, jika pelanggan mempunyai kesukaran untuk menjamu selera di kafe, mereka boleh memesan hanya melalui telefon dan staf kami akan menghantarnya ke depan pintu rumah,” katanya.

Walaupun masih di awal pembukaan, Sugeh Café menerima sambutan menggalakkan daripada pelanggannya.

“Memang tidak disangka, ramai yang gemar dengan selera yang kami ketengahkan ini malah pelanggan Sugeh Café juga terdiri daripada berbilang bangsa dan agama. Ada juga pelanggan daripada Amerika Syarikat, China dan Jepun yang menjamu selera di sini dan memberikan respons baik terhadap hidangan yang dinikmati,” katanya.


WARTAWAN SINAR HARIAN
24 Februari 2013

Ulasan