Kisah tauladan Lena Maria Perenang cacat yang hebat

LENA MARIA KLINGVALL adalah gadis cacat dari SWEDEN. Dia dilahirkan TANPA TANGAN, dan hanya mempunyai SATU KAKI.

Gadis cantik kelahiran Stockholm tahun 1968 ini, belajar berenang sejak usia 3 tahun, dan pada usianya yang ke lapan belas dia menjuarai kejuaraan renang nasional di SWEDEN, meraih 3pingat emas dan mencipta 2 rekod nasional.

Prestasi gemilangnya berlanjut pada Paralympic Game di SEOUL 1988, ia memperoleh pingat emas internationalnya.


Tahun 1987 hingga 1991, ia belajar menyanyi di THE ROYAL UNIVERSITY COLLEGE OF MUSIC STOCKHOLM, sebuah sekolah musik ternama di SWEDIEN. Keindahan suaranya membuat produser rakaman mengambilnya menyanyi, dan terbitlah 14 album rakamannya.

LENA MARIA telah mengadakan konsert dan tour diberbagai negara seperti: AMERIKA, RUSSIA, JEPUN dan juga sempat singgah di ASIA tenggara, iaitu MALAYSIA dan SINGAPURA, dan masih banyak negara-negara lain yang disinggahinya.

Gadis luar biasa ini juga mempunyai kemampuan melukis. Karya indahnya dapat anda lihat pada webnya www.LenaMaria.com.

Ia juga menulis dua buah autobiografi mengenai dirinya. Footnote dan HAPPY DAYS, buku yang sangat inspiratif, dan menyentuh ini meraih best seller, dan telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa.

Filem dokumenteri yang mengupas kisah hidupnya memenangkan penghargaan pertama di Sweden. Acara TV yang mengulas kehidupannya juga menjadi tontonan kesukaant dan meraih rating tinggi.

Raja Carl Gustav memberinya penghargaan atas prestasi dan teladannya sebagai atlit, artis, dan juga model bagi orang cacat di SWEDEN dan dunia.

Ulasan