KUALA LUMPUR, 15 OGOS 2012: Pada awal Julai lalu, pelakon, Sharifah Sofea telah mengejutkan industri hiburan tanah air dengan penampilan terbarunya yang kini manis berhijab penuh dan sebaik saja tersebarnya foto imej terbarunya yang dimuat naik ke akuan Twitter miliknya, ramai pihak media yang cuba mendapatkan Sharifah Sofea bagi mendapatkan pengesahan lanjut mengenai imej dan penghijrahan terbarunya, namun gagal.
Ketika berpeluang mewawancara Sharifah Sofea yang ditemui hadir pada majlis berbuka puasa meraikan seniman dan seniwati anjuran Restoran Saloma Bistro, baru-baru ini, pelakon kacukan England, Melayu dan Scottish itu bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut mengenai penghijrahannya kerana khuatir kalau-kalau kata-katanya akan disalah tafsir kelak.
"Alhamdulilah, sudah masuk sebulan 8 hari saya berhijrah dan kekal dengan imej berhijab. Cuma bagi saya, tiada apa yang perlu saya perjelaskan mengenai penghijrahan saya ini kerana bukannya ada sesuatu yang pelik berlaku sehinggakan saya boleh membuat keputusan untuk berubah.
"Apa yang boleh saya katakan, saya selesa dengan penampilan saya sekarang dan saya lakukan semua ini kerana saya fikir ianya baik untuk diri saya. Semuanya atas kehendak diri saya sendiri.
"Tak perlu saya nak ulas lanjut mengenai penghijrahan ini kerana saya bukan orang yang layak untuk bercakap mengenainya. Lagipun saya takut apa yang saya cakap akan mudah dihakimi oleh orang ramai dengan pelbagi tafsiran,"jelasnya.
Bercerita mengenai bagaimana bermulanya saat dia mahu melakukan penghijrahannya, Sharifah Sofea berkata ia bermula ketika dia sedang hamil cahaya mata sulungnya, Sharifah Ariana Syed Ismail yang kini sudah berusia 18 bulan
sponsored links
"Masa saya mula hamilkan Ariana lagi saya sudah mula melakukan solat cukup 5 waktu dan melakukan ibadah lain seperti membaca al-Quran. Masa tu saya lakukan semua ibadah penuh kepada Tuhan tetapi tidak mengenakan hijab atau menutup aurat pula bila keluar.
"Kini, bila saya sudah mengenakan hijab, saya rasa ianya bagai melengkapi diri saya yang sudah melakukan semua ibadah itu. Lagipun sebelum ini, saya tidak memakai hijab kerana saya tidak mahu hipokrit kepada diri sendiri dengan memakai hanya hijab tetapi tidak bersembahyang pula," luahnya lagi yang bakal mengerjakan Haji seperti yang sudah dilakukan suaminya, Syed Ismail.
Diminta mengulas lanjut mengenai beberapa selebriti yang kebanykan berhijrah kemudain terus bergiat aktif dalam bidang politik, Sofea menegaskan dirinya tidak begitu dan tidak bersetuju apabila agama dan politik disatukan.
"Bagi saya agama dan politik tidak sepatutnya bercampur kerana ianya dua perkara yang berbeza. Saya pula tidak suka berpolitik dan tidak mungkin akan terjebak ke dalam kencah politik pula selepas ini," tambahnya lagi.
Sofea yang masih belum kembali aktif dalam dunia lakonan selepas melahirkan puteri sulungnya itu akui tidak menolak jika menerima mana tawaran berlakon selepas ini.
Takkan baru nak rasa lengkap dah kot dengan pakai hijab je? Yang lain2 ada ketinggalan tak? Cuba periksa balik bagi lebih lengkap lagi dan kukuh.
Post Tag: Selebriti Hiburan Malaysia

Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.