Saloma Bistro Rai Seniman, Seniwati Negara

KUALA LUMPUR, 10 OGOS 2012: Bagi menyambut kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi,telah menjadi tradisi pihak Restoran Saloma Bistro untuk meraikan seniman dan seniwati negara ke majlis berbuka puasa yang dianjurkan restoran tersebut, kelmarin.

Sudah memasuki kali ke lapan penganjurannya, pemilik restoran ternama itu, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir berkata, setiap tahun pihaknya tidak pernah melepaskan peluang meraikan seniman dan seniwati tanah air yang pernah mengukir nama di persada seni.

"Tahun ini sangat indah dan meriah kerana ramai tetamu menyertainya iaitu sehingga 500 orang tetamu. Disebabkan itu, kami terpaksa menambah meja sehingga ke luar dewan.

Saloma Bistro Rai Seniman, Seniwati Negara saloma bistro rai seniman seniwati, saloma bistro, Datuk Yusof Haslam, datuk maria menado, datuk jamil sulung, Mariani, seniwati Mariani, Norlia Ghani, ruminah sidek, hail amir, uji rashid, datuk salwa abdul rahman, Zed Zaidi, tan sri syed yusof syed nasir, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti,

sponsored links


"Setiap tahun kita tidak pernah melupakan mereka disamping menyatukan kembali hubungan sesama mereka. Jika hendak ikutkan bukan senang hendak menyatukan mereka maklumlah ada yang dari luar Kuala Lumpur dan Singapura," katanya kepada portal murai.com.my

Antara seniman dan seniwati yang hadir adalah Datuk Aziz Satar, Datuk Yusof Haslam, Datuk Rahman Hassan, Datuk Maria Menado, Datuk Jamil Sulung, Datin Umi Kalsum, Mariani, Norlia Ghani, Ruminah Sidek, Mat Sentol, Hail Amir, Wahid Satey, Nasier Wahab, Salmiah Hassan, Salwa Abdul Rahman, Maya Matahari, Zed Zaidi dan ramai lagi.

Walau bagaimanapun, Tan Sri Syed Yusof turut bersedih kepada beberapa orang seniman dan seniwati yang tidak dapat bersama kerana masalah kesihatan serta yang sudah kembali ke rahmatullah.

"Saya sedih juga terdapat ramai seniman dan seniwati yang tidak dapat hadir disebabkan oleh masalah kesihatan, seperti Tan Sri Jins Shamsuddin yang sedang sakit tua di rumah.

"Selain itu saya juga tidak melupakan mereka yang sudah pun kembali ke rahmatullah seperti Orked Abdullah, Osman Kering dan Bob Kuman," jelasnya lagi.

Dalam majlis tersebut beberapa artis veteran turut hadir memeriahkan majlis dengan persembahan nyanyian.

Post Tag: Selebriti Hiburan Malaysia

Ulasan