Nak Gegaq Industri Pulak Dengan Mesej Cinta Guba nie

KUALA LUMPUR, 15 OGOS 2012: Mendengar kepada nama pendatang baru, Guba ramai yang tertanya-tanya siapakah penyanyi yang mempunyai nama yang unik ini. Gabriel Robert Rawantas yang mahu dikenali dengan nama Guba merupakan anak watan dari negeri di bawah bayu yang bakal mewarnai persada muzik tanah air dengan karya hasilannya tersendiri.

Penyanyi yang juga mempunyai bakat menulis lagu ini telah mula mencipta lagu semenjak 13 tahun yang lalu dan hanya menyimpan karya itu sebagai harta seninya sehinggalah kini. Mengklasifikasikan genre yang dipertaruhnya sebagai alternative-folk, Guba mengatur langkah sebaik mendapat tawaran bekerja di Kuala Lumpur.

Greenhouse Studio di Ampang telah menjadi saksi kepada titik tolak kepada perjalanan karier muzik Guba apabila lagu-lagunya telah dirakam di studio tersebut dan pemilik Laguna Musicas yang menyedari bakat besar dan unik dimiliki Guba membuat percaturan dalam mengangkat muziknya dan bersetuju untuk membantu dalam pembikinan album pertama buat pendatang baru ini.

Nak Gegaq Industri Pulak Dengan Mesej Cinta Guba nie artis baru, penyanyi, penyanyi baru, penyanyi lelaki, penggubah lagu, guba, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti

Mempertaruhkan single pertama You & Me yang telah mula dilancarkan pada Julai tahun lalu telah mendapat tempat di beberapa stesen radio tempatan dan berjaya menduduki carta dan ini menunjukkan lagunya berjaya mencuri perhatian peminat muzik bergenre sebegini.

sponsored links


Antara isi kandungan dan mesej yang ingin Guba sampaikan dalam lagu-lagunya adalah seperti mesej cinta buat para pasangan kekasih yang melalui pelbagai kisah dan liku-liku untuk memperoleh cinta dan tidak kurang yang menceritakan kisah cinta yang sedih dalam album terbarunya yang sudah berada di pasaran, Hilang.

Yang menarik dan menguatkan lagi portfolio buat penyanyi baru ini, dia telah berkolaborasi dengan nama yang kini menjadi perhatian bukan sahaja peminat tempatan malah dunia yakni Yuna dalam lagunya You're So Fine dan juga Diana Danielle yang turut menyumbangkan suaranya untuk lagu A Beauty Company.

Tidak lupa juga pemuzik handalan tempatan seperti gitaris dan vokalis untuk Seven Collar T-Shirt, Saiful Ridzuan dan Jeffrey Little daripada Prana yang bertindak sebagai penerbit dalam menghasilkan album Hilang yang sudah berada di pasaran mulai 18 Julai yang lalu edaran Universal Music Malaysia.

Sudah jelas, lapangan sudah tersedia buat si pencinta muzik ini untuk terus berkarya dalam mengejar cita-citanya menjadi pemuzik dan penyanyi yang berjaya dalam menyampaikan mesej-mesej cinta dalam lagunya. Tibanya masa untuk anda mencuba dan menilai sendiri hasil karya daripada anak muda berbakat besar ini.

Bagi penampaq kang kat Guba nie baru hang nak tau, nak bagi Anak Bangsa Ku Rosak dengan Mesej Cinta? Cinta Kepada Siapa? Siapa itu orang, Cinta Kepada Apa? Apa itu baharu, cinta kepada Allah S.W.t baru sebenar2nya cinta tapi nak sampai mesej cinta kepada Allah S.W.T camna ?




Post Tag: Selebriti Hiburan Malaysia

Ulasan