KUALA LUMPUR, 23 OGOS 2012: Meskipun usianya sudah pun mencecah lewat 80-an, namun seniman, Datuk Aziz Sattar mengakui semangatnya pada bidang seni lakonan tanah air tidak pernah padam, malah selagi hayat di kandung badan dia mahu terus mengukir namanya sebagai pelakon hingga hujung hayatnya.
Selain sudah dimamah usia, pelakon yang seangkatan dengan Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ini juga mempunyai masalah kesihatan iaitu menghidap penyakit jantung yang tidak mengizinkannya untuk bergiat aktif dalam bidang lakonan seperti dahulu.
Namun, Aziz Sattar berkata itu bukan alasan untuk dia meneruskan tugasnya sebagai seorang pelakon kerana dia akui istilah bersara tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya.
"Masalah kesihatan itu biasa bagi semua orang, kerja atau tidak kita tetap tidak mampu mengelak daripada mempunyai masalah kesihatan. Disebabkan itu, saya tidak pernah menghadkan umur saya untuk berlakon. Bagi saya tiada istilah bersara dalam hidup seorang pelakon.
"Ini kerana jiwa dan minat saya dalam bidang lakonan bermula sejak daripada kecil lagi dan ianya tidak pernah pupus dan sebagai seorang umatNya, kita perlu menghargai anugerah sebagai pelakon yang dikuniakan oleh Tuhan ," katanya kepada portal murai.com.my
Pelakon yang terkenal dalam filem Bujang Lapok ini pernah dimasukan ke Hospital Ampang dan dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU) pada Jun lalu selepas mengadu sesak nafas di rumahnya.
sponsored links
Mengulas lebih lanjut mengenai kesihatannya, Aziz Satar memberitahu dia kini sedang berehat selama lebih 2 bulan sejak seelum ramadan lalu sambil menjalani beberapa rawatan susulan di hospital.
Malah, buat masa sekarang dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon sebelum benar-benar sihat untuk kembali berlakon.
"Filem terakhir yang saya lakonkan adalah filem arahan Mamat Khalid iaitu Amukan Buas Frankenstein Tempatan (ABFT) iaitu sebelum saya jatuh sakit. Kini saya hanya berehat di rumah dan terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon kerana sedang menjalani beberapa rawatan susulan di hospital.
"Tetapi selepas saya benar-benar pulih, saya bakal kembali berlakon jika menerima mana-mana tawaran kerana seperti yang saya katakan awal tadi, tiada istilah bersara atau berhenti dalam kerjaya lakonan saya," tegasnya lagi.
Selain Bujang Lapok, Aziz Satar yang popular dengan watak komedi itu turut membintangi filem-filem seperti Anak Halal, Setem, Cicak Man, Pontianak Harum Sundal Malam dan banyak lagi.
Post Tag: Selebriti Hiburan Malaysia

Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.