Hanya dengan Kuasa Allah S.W.T Datuk Fazley is Back

KUALA LUMPUR, 8 OGOS 2012: Barangkali ramai yang di luar sana, tidak tahu bagaimana sukarnya untuk Datuk Fazley Yaacob melakukan kegiatan seninya sebagai penyanyi, pengacara, pelakon mahu pun pakar motivasi.

Ada saja dugaan dan rintangan yang terpaksa dilaluinya dan beberapa kegiatannya seninya juga seolah-olah seperti tersekat. Kesannya, nama Fazley agak sedikit sepi di dalam industri hiburan tanah air sehinggalah dia menyertai Masterchef Selebriti Malaysia dan kemudian menjadi juara pertama bagi program masakan tersebut terbitan Astro Ria itu.

Nyata kemenangan tersebut sangat berbaloi dan menjadi satu comeback yang cukup bermakna buat Fazley di dalam industri hiburan tanah air ini.

Hanya dengan Kuasa Allah S.W.T Datuk Fazley is Back, Dr Fazley, Fazley, datuk fazley yaakob, penyanyi, pengacara, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti

Ianya turut diakui isterinya, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz yang sentiasa tidak lelah memberikan sokongan serta menjadi tulang belakang atau pemangkin semangat buat Fazley.

"Sebenarnya saya sendiri agak terkejut apabila Fazley memberitahu bahawa dia mahu menyertai Masterchef Selebriti Malaysia setelah mendapat tawaran daripada pihak Astro.

"Saya tanyakan pada dia, apakah betul dia mahu menyertainya? Sebab ini adalah program masakan. Sesuatu yang berada di luar bidang kuasanya. Tapi, bila melihat kesungguhannya, saya terima apa yang dia mahu lakukan itu.

"Malah, saya percaya dia mampu melakukannya kerana sewaktu sedang hamil anak ketiga, keadaan diri saya ketika itu sangat teruk, selalu alah dan sentiasa tidak sihat.
Waktu itulah Fazley banyak menjaga saya, mengambil-alih beberapa tugas di rumah serta memasak. Dari situ keluarlah resepi yang pelbagai.

sponsored links


"Hinggakan ia membuatkan saya terkejut dan tertanya-tanya, dari mana datangnya kesemua jenis juadah yang dimasaknya itu. Tapi, dia memang bersungguh-sungguh menyediakan segala juadah tersebut.

"Jadi, bukan sesuatu yang menghairankan buat saya bila dia sentiasa tampil dengan bermacam-macam jenis masakan yang kreatif sewaktu menyertai Masterchef Selebriti Malaysia," katanya kepada portal Murai.com.my.

Ditanya perasaannya apabila melihat semula Datuk Fazley kembali membuat comeback di dalam industri hiburan tanah air selepas bergelar juara Masterchef Selebriti Malaysia pertama, Azrene Soraya berkata, dia percaya pada kuasa Tuhan sepenuhnya.

"Kalau Tuhan sudah kata begitu, begitulah jadinya. Tidak akan ada apa pun yang dapat menghalang kuasaNya. Saya rasa comeback dia dengan cara ini juga memang tepat kena dan tepat pada masanya.

"Dan, Alhamdulillah, buat masa ini segalanya telah berjalan seperti apa yang dia rancang. Insya Allah, selepas ini, Fazley akan muncul dalam sebuah program lagi di Astro. Kita tunggu dan lihat sajalah nanti," katanya yang sentiasa bersikap ramah dan merendah diri.

Post Tag: Selebriti Hiburan Malaysia

Ulasan