KUALA LUMPUR, 13 OGOS 2012: Pertama kali menyaksikan sendiri bayi dalam kandungannya yang kini telah berusia 5 bulan di mesin pengimbas, pelakon Amanda Misbun akui sangat teruja dan terharu melihat kebesaran dan keajaiban Tuhan.
Amanda Misbun berkata tiada apa yang dapat diluahkan selain memanjatkan kesyukuran kepada ilahi di atas rezeki yang dikurniakan kepadanya selepas dia disahkan hamil bayi perempuan yang sihat dan normal.
"Teruja dan rasa bagai hendak menitiskan air mata pun ada apabila dapat melihat sendiri fizikal anak yang saya kandung dalam perut ini. Malah rasa bagai mimpi dan tidak percaya pula yang bayi itu kini sudah membesar di dalam kandungan saya.
"Tambahan pula saya turut merasakan ia berlaku seperti begitu pantas kerana rasa macam baru sekejap sahaja saya mendirikan rumah tangga tetapi saya sangat gembira dengan kehidupan yang saya lalui sekarang.
"Alhamdulilah, bayi saya sihat dan normal. Cuma, doktor masih samar dengan jantina bayi itu dan daripada apa yang dia lihat, doctor hanya boleh meramalkan bayi saya perempuan kerana ketika scan di tempat alat sulitnya, dia sedang mengepitkan kakinya.
sponsored links
"Apa yang menggembirakan saya dia bergerak agak aktif juga kerana sempat melambai-lambai ketika sedang melalui mesin pengimbas," katanya ketika dihubungi murai.com.my
Amanda yang kini sudah mula berehat daripada menerima apa jua tawaran berlakon, sekarang hanya menghabiskan waktu di rumahnya sahaja.
Namun adik kepada pelakon Haliza Misbun itu akui dia mulai rasa bosan apabila hanya berehat di rumah tanpa keluar bekerja, malah dia memberitahu kini telah memulakan tabiat baru dengan memasak juadah bersahur ketika waktu tengahari.
"Saya rasa bosan pula bila hanya duduk di rumah dan menjalani kerja seperti suri rumah kerana sebelum ini saya hanya sibuk dengan penggambaran lakonan.
"Bila bosan dan tak tahu hendak buat apa, saya kini punya tabiat yang agak pelik iaitu memasak ketika tengahari iaitu waktu berpuasa. Namun, saya masak bukan untuk makan waktu berbuka puasa tetapi untuk saya dan suami bersahur.
"Kami tidak pernah makan berbuka di rumah kerana selalunya akan berbuka di luar, tetapi makanan itu saya simpan untuk kami makan bersahur esoknya. Hampir setiap hari jugalah saya berbuat demikian kerana saya jadi semakin seronok dan dapat mengisi masa lapang di rumah," ceritanya sambil tersenyum.
Amanda mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Hairulzain Fauzi pada bulan Mac yang lalu.
Post Tag: Selebriti Hiburan Malaysia

Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.