Betul Ker Persembahan Di Bonanza Muzikal Olimpik Adalah Yang terakhir buat Spice Girls?

LONDON, 13 OGOS 2012: Awal pagi tadi telah berlangsungnya majlis penutup temasya sukan terunggul dunia, Olimpik di kota London iaitu A Symphony of British Music dan ia telah berlangsung dengan penuh-gemilang.

Seakan-akan bonanza muzikal, 'A Symphony of British Music' telah menampilkan bintang dan selebriti terkemuka yang berasal daripada England dan ia dikatakan telah menarik perhatian lebih kurang satu billion penonton di seluruh dunia.

Namun, rata-rata media mengulas bahawa persembahan yang dinanti-nantikan pada majlis penutup itu adalah tertumpu kepada kumpulan Spice Girls yang muncul pada pertengahan acara dalam temasya yang telah berlangsung selama lebih 3 jam itu.

Betul Ker Persembahan Di Bonanza Muzikal Olimpik Adalah Yang terakhir buat Spice Girls? Olimpik, muzik, persembahan muzik, pesta muzik, Spice Girls, bonanza muzikal, persembahan, segmen persembahan, persembahan terakhir, upacara penutup olimpik, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti

Menyaksikan Vicatoria Beckham (Poish Spice), Mel B (Scary Spice), Mel C (Sporty Spice), Geri Halliwel (Ginger spice) dan Emma Bunton (Baby Spice) bergabung semula, kelima-lima wanita yang satu ketika dahulu menjadi fenomena dan ikon fesyen di seluruh dunia, telah memberikan persembahan terbaik sebagai penghargaan kepada kota London yang menjadi tuan rumah bagi sukan Olimpik 2012.

Tampil dengan 2 hits mereka iaitu Wannabe dan Spice Up Your Life, gimik persembahan Spice Girls dimulakan dengan kemunculan puluhan 'London Taxi' atau "Black Cab" sebelum 5 daripadanya yang berplat nombor SPICE berhenti di tengah pentas dengan menampilkan 5 bintang ini dengan identiti masing-masing yang juga jelas dapat dilihat pada kenderaan itu.

Victoria, Melanie B, Mel C, Geri dan Emma yang tampil dengan imej mereka tersendiri nyata tidak mengecewakan dan menjadikan persembahan tersebut sebagai sorotan utama dan trending di laman sosial, Twitter dan laman media sosial yang lain.

Namun begitu, persembahan yang memukau pada malam penutup Olimpik tersebut dipercayai yang terakhir daripada mereka dan Spice Girls tidak akan dilihat membuat persembahan bersama lagi selepas ini.

Antara artis popular lain yang turut tampil membuat persembahan adalah lagenda-lagenda muzik dunia seperti George Micheal, Annie Lennox, Fatboy Slim, Queen,David Bowie, The Who dan Muse selain para pendatang baru seperti Jessie J, One Direction, Russell Brand, Taio Cruz dan Tinie Tempah yang menghangatkan malam penutup tersebut.

Tayangan video daripada ikon muzik dunia John Lennon bersama iringan orkestra yang menyanyikan semula lagu Imagine, selain beberapa lagu The Beatles yang dinyanyikan semula dikatakan sebagai tanda penghormatan kepada lagenda muzik tersebut.

Kalau iya betul pun tak mengapa, Spice Girls dah cukup kaya dah dengan duit sejak dari mula dorang beraksi liar atas pentas dulu nie, masa is sekolah gi dorang nie dah nyanyi, popularity dorang lagi hot daripada lagu dorang yang tak best tu. Tapi ada gak lagu dorang yang best2.

Ulasan