Betul Ker Diana Danielle kata Farid kamil Tu Soulmate dia?

KUALA LUMPUR, 9 OGOS 2012: Peranan sebagai Jameela, guru sekolah rendah yang dibawakan oleh aktres cantik Diana Danielle memberikan dia sebuah pengalaman baru kala beraksi dalam Hantu Gangster di bawah arahan Namewee.

Namun kali ini dia beraksi bersama Namewee sebagai pasangannya dan bukan Farid Kamil. Dalam pada itu, portal Murai sempat bertanyakan tentang arah tuju hubungan Diana dan Farid kerana sebelum Farid telah menghadiahkan Diana sebentuk cincin hadiah ulangtahun percintaan mereka. Aktres berusia 21 tahun itu ditemui di Malam Gala Premier filem Hantu Gengster yang diadakan di GSC Berjaya Times Square, semalam.

Betul Ker Diana Danielle kata Farid kamil Tu Soulmate dia? Diana Danielle, Diana Danielle, farid kamil cinta diana danielle, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti

"Kami masih lagi bercinta, tetapi mungkin lebih manis kalau saya katakan Farid merupakan soul mate saya. Dia memahami diri saya dan seorang teman yang sentiasa ada untuk saya.

"Saya beruntung mengenalinya kerana Farid seorang yang matang, macam abang pun ada sebab dia selalu bagi tunjuk ajar dan nasihat tidak kiralah dalam lakonan mahupun hal-hal lain,"jawabnya ringkas.

Bercakap mengenai Hantu Gangster, menurut Diana, filem ini mengenengahkan konsep baru dalam pembikinan filem seumpamanya. Berpeluang beraksi sebagai pasangan kepada Te Sai lakonan Namewee, Diana merasakan keserasian diantara dirinya dan pelakon tersebut.

"Bagi Diana sendiri, Diana mahu mencuba dan mencari watak yang jarang atau tidak pernah Diana lakonkan. Secara tidak langsung ia memberi peluang untuk Diana menambah ilmu dan dalam masa yang sama variety kepada penonton.

"Hantu Gangster sebuah filem yang menarik untuk ditonton kerana ia adalah filem kita, filem Malaysia. Bukan selalu penonton dihidangkan dengan hasil karya sebegini. Ia juga dapat memupuk perasaan hormat menghormati diantara kita masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

sponsored links


"Namewee pula seorang yang fun, dia menjadi dirinya sendiri dan saya sangat selesa bekerjasama dengannya,"ujarnya yang pertama kali berlakon dibawah arahan Namewee.

Tambah Diana lagi, filem yang berkonsepkan penyatuan sesama masyarakat ini perlu dibanyakkan sebagai menyampaikan mesej kepada umum erti perpaduan yang ada di negara kita ini.

"Kenapa baru sekarang ada filem seperti ini sebab bagi saya konsep yang ditonjolkan sangat menarik dan mesej yang ingin disampaikan juga diharapkan sampai kepada penonton.

"Besar harapan saya untuk filem Hantu Gangster kerana ia memberi peluang kepada semua kaum majoriti yang ada di Malaysia bergabung didalam sebuah filem yang menggunakan bahasa Malaysia.

"Secara tidak langsung ia mengajak semua penonton daripada pelbagai kaum pergi menonton dan ia menyatukan kita sesama masyarakat dan ia merupakan perkara yang bermanfaat kepada kita," jelasnya lagi.

Kalau dah kata maknanya dah lafas niat jadi janagn sapa2 pun nak try lah lepas nie kacau dorang berdua ok? Leave them alone.

Post Tag: Selebriti Hiburan Malaysia

Ulasan