Betul Ke Dilema Shila Amzah Tamat Selepas Berhijrah?

KUALA LUMPUR, 7 OGOS 2012: Penyanyi, Shila Amzah akui dilema yang dialaminya sejak 2 bulan lalu akhirnya berakhir apabila dia mula berhijrah dan mengenakan hijab sejak 4 Ogos lalu. Malah, dia kini bersyukur kerana diberikan hidayah dari Allah dalam usia yang muda iaitu ketika usinya bakal mencecah 22 tahun pada 13 Ogos ini.

"Alhamdulilah, saya kini sudah berhijab dan berhijrah sepenuhnya untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri saya. Sebenarnya sejak 2 bulan lalu lagi saya sudah terfikir untuk berhijrah sepenuhnya. Namun keputusan itu membuatkan saya menjadi dilema, tak tahu kenapa.

"Walau bagaimana pun selepas mendapat nasihat daripada rakan terdekat, dan keluarga mengenai keputusan saya itu, saya semakin yakin dengan keputusan saya untuk berhijrah," katanya ketika dihubungi oleh murai.com.my

Penyanyi, Shila Amzah akui dilema yang dialaminya sejak 2 bulan lalu akhirnya berakhir apabila dia mula berhijrah dan mengenakan hijab sejak 4 Ogos lalu. Malah, dia kini bersyukur kerana diberikan hidayah dari Allah dalam usia yang muda iaitu ketika usinya bakal mencecah 22 tahun pada 13 Ogos ini.

Bercerita lanjut, bagaimana saat-saat penyanyi Patah Seribu itu mula yakin dengan keputusannya untuk berhijrah, Shila memberitahu semuanya bermula ketika dia mahu berjumpa dengan kekasihnya yang juga pelakon, Sharnaaz untuk berbuka puasa bersama pada Sabtu lalu.

"Terus-terang sejak 2 bulan lalu juga rasaya saya sudah mula mengenakan pakaian yang sopan dan tidak terlalu terdedah atau jarang seperti sebelum ini.

"Namun, kejadian yang saya tidak boleh lupa yang menyebabkan saya mahu berhijrah adalah apabila saya dengan tidak semena-mena telah mencapai tudung ketika hendak keluar berbuka puasa bersama Sharnaaz dan peminatnya.

"Sharnaaz yang terkejut melihat perubahan saya turut gembira dengan apa yang berlaku ke atas diri saya. Selepas majlis berbuka itu, saya dapati saya tidak mampu lagi untuk membuka hijab. Malah selesa mengenakannya bila hendak keluar ke mana-mana sahaja," luahnya lagi.

sponsored links


Shila yang mendapat sokongan penuh daripada kedua ibu bapanya turut berharap penghijrahannya itu akan berkekalan hingga akhirnya.

"Saya berharap agar peminat terus mendoakan kebaikan ke atas diri saya supaya perubahan ini berada dalam istiqomah dan saya akan terus menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang, Insya Allah," tambahnya lagi.

Shila bakal muncul dalam program Mania Raya pada Aidilfitri ini di Astro Ria.

Alhamdulillah kalau benar Dilema Shila dah ok bila dah berhijrah tapi jangan disebabkan ada masalah baru nak pergi ke Mekkah, niat dan nawaitu mestilah kerana Allah S.W.T, dan bukannya untuk selesaikan masalah.

Post Tag: Selebriti Hiburan Malaysia

Ulasan

  1. umm..dia memang lebih chantek berhijab

    BalasPadam
  2. hmm bukan takat cantik, makin menyerlah bila dia berhijab nie is tengok hehegegegeee

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.