Tujuh tentera AS maut, helikopter terhempas




KABUL: Helikopter milik tentera Amerika Syarikat (AS) terhempas ketika bertempur dengan pemberontak di kawasan pedalaman di selatan Afghanistan, hari ini, membunuh tujuh rakyat AS dan empat warga tempatan.

Sementara itu, Taliban mendakwa mereka menembak jatuh helikopter berkenaan.

Tentera NATO bagaimanapun tidak dapat mengesahkan punca kejadian dan menegaskan, nahas itu masih disiasat.

Menurut pegawai AS, helikopter Black Hawk yang digunakan dalam membantu operasi serangan di kawasan bergolak itu tidak menunjukkan tanda-tanda awal ditembak. - AFP

Dorang bukan pemberontak, dorang pejuang Islam, haram jadah betul sapa yang tulis berita nie.

Ulasan