Kawalan ke atas Presiden Colombia ditingkatkan




BOGOTA: Kawalan peribadi terhadap Presiden Juan Manuel Santos ditingkatkan berikutan ada dakwaan gerila berhaluan kiri, Angkatan Revolusi bersenjata Colombia (FARC) untuk keluar membunuhnya.

Ketua Polis Colombia, Jeneral Jose Roberto Leon, berkata mereka memintas satu emel dari FARC Amerika Latin menunjukkan kumpulan itu mahu membunuh Santos sebagai tindak balas terhadap kematian beberapa pemimpin tertinggi pemberontak berkenaan.

“Kami mesti memastikan keselamatan Santos di tahap tertinggi walau apapun keadaannya," katanya. - AFP

Ulasan