Juara Olimpik tersingkir di Cincinnati Masters




CINCINNATI: Juara olimpik, Andy Murray tersingkir awal di kejohanan tenis Cincinnati Masters apabila tewas kepada pemain Perancis, Jeremy Chardy, 6-4, 6-4 awal pagi tadi.

Murray yang juga juara bertahan tewas dalam kejohanan pemanas badan sebelum Terbuka Amerika Syarikat (AS) itu dan minggu lalu pula hanya menang satu perlawanan di Toronto sebelum menarik diri kerana cedera di lutut.

Bagaimanapun pada pusingan pertama, kelmarin Murray kelihatan agak bertenaga apabila mengalahkan pemain AS, Sam Querrey.
Pada perlawanan dengan Chardy, Murray tampak goyah dengan melakukan 16 kesilapan sendiri.

“Permainan saya kurang berkesan dan saya melakukan banyak kesilapan pada awal set. Ini mengecewakan saya," katanya. - AFP

Ulasan