Tu dia dadih tajuk tu is, berbisa nie. Mau tak berbisa, is tengah jam otak mai kawan is bagitau kat rumah dia ada jirang yang perangai macam sialan.
Ceritanya macam nie, kawan is datang kedai is baru je 10 minit nie, dia tanya pendapat is, dia kata tengah dia dok rileks kat luar rumah atas bangku kat Taman Simpang Jaya, Balik Pulau, masa yang sama ada ibu kucing pun tengah rileks gak kat dalam longkang depan umah dia berjarak sikit hingga kat depan umah jirang dia gak.
Nak dijadikan cerita anak jiran sebelah umah dia nampak ibu kucing tu, terus dia ambik pasu bunga yang berat tu, terus dia hentak kepala ibu kucing tu. Perrrghh tersentap hati is bila dengar cerita nie. Is tanya ibu kucing tu mati ke tak? Kawan is cakap mau tak mati, pasu bunga tu besar kowt? Pecah kepala ibu kucing tu.
Menyirap darah is nie, kawan is kata dia yang ternampak kejadian tu, terus dia jerkah anak jirang dia tu, budak sialan tu terus lari, pegi kat bapak dia. Terus bapak dia keluar meluru dan seraya tanya, awat hang jerkah anak aku? Pakcik anak pakcik hentak kepala ibu kucing tu sampai mati pakcik. Hang nampak ka anak aku buat macam tu? Kawan is jawab, pakcik saya dok ada kat depan nie dari tadi, saya nampak anak pakcik angkat pasu ingatkan nak ubah pasu tapi rupanya pi hentak kepala ibu kucing ada ka patut? Bapak budak sial tu jawab, hang ada bukti ka?
Korang tengok manusia macam nie memang benih sial, sanggup bunuh binatang tak berdosa, si bapak pulak is memang confirm punya tarak belajar agama punya orang, tapi macam mana boleh kawin nie? Macam mana dia didik anak dia nie? Besok besr anak dia kepala dia pulak anak dia nanti hentak kasi pecah, memang baru best kan?
Abang ipar kawan is selalu beri makan pada ibu kucing tu, masa dia balik tadi dia letak makanan untuk ibu kucing, lepas tu dia tanya kawan is mana ibu kucing tu tak mai2 pun dia panggil? Tuu, dalam longkang tu dah mati kena hentak jawab kawan is.
Korang kalau iya pun kucing tu jahat setera mana pun dia hanya binatang yang tak berdosa serta makhluk Allah S.W.T yang lemah. Bukan untuk dibuli atau dibunuh makhluk2 macam nie cuba bayangkan budak tu dah besar esok2 nie apa yang dia akan buat? Pengalaman is budak macam nie semua berakhir dengan kerosakkan akhlak memandangkan ibu bapa dia sendiri bela anak dia buat salah. is minta maaf kalau bahasa is terkasar sikit dalam entri nie tapi is geram tahap gaban nie rasa nak bagi Hikmat Penendang Padu Maut Tak Terbatas ja kat dua2 ekoq sialan tak guna tu.
Post Tag: Google Adsense Nuffnang Santai pedas berapi bodoh sial
Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.