KUALA LUMPUR, 1 NOV 2009: J enama pakaian dalam terkemuka Triumph kini tampil tampil dengan rangkaian Triumph Fusion menggunakan teknologi ikatan tanpa klim proprietari yang memberikan lebih keselesaan pada kulit badan.
Teknologi ikatan tanpa klim proprietary (seamless bonding technology) bukan saja membenarkan pelbagai bahagian boleh disambung tanpa dijahit tetapi juga mampu membantu golongan wanita untuk menghasilkan bentuk badan yang menawan serta diidamkan.
Selain itu, inovasi Triumph dengan teknologi falt-edge menghasilkan bahagian tepi dan kelepet yang leper untuk keselesaan yang tiada bandingan. Di samping itu, ia turut memberikan penampilan yang menonjolkan sewaktu memakai blaus atau baju yang ketat.
Ketua Pengurusan Jenama di Body Fashion (M) Sdn Bhd, Evelyn Foo berkata, rangkaian pakaian dalam Triumph Fusion bukan saja direka khas untuk mengatasi masalah kelihatan kelim malah pemakai berkemungkinan besar, lupa akan pakaian dalam yang dipakainya kerana keselesaan yang dinikmatinya.
"Dengan fabrik mikrofiber serta kemasan satinnya yang elegan, mangkuk coli yang licin, pakaian dalam Triumph Fuson menjanjikan keselesaan yang maksimum.
"Gaya hidup masa kini kadangkala melemaskan kehidupan kita, namun pakaian dalam tidak seharusnya begitu. Kami sedar ramai wanita terlupa betapa nikmatnya apabila tidak perlu memakai sebarang pakaian dalam sewaktu kecil dulu.
"Maka, atas sebab itulah kami menghasilkan rangkaian Triumph Fusion yang membolehkan wanita hari ini memperolehi keselesaan seperti masa dulu, tanpa mengabaikan aspek terhadap sokongan dan bentuk payu dara," katanya.
Selain daripada keselesaan yang jelas, rangakain Triumph Fusion juag memberikan sokongan yang sesuai buat semua waktu, sama ada di waktu bekerja, santau formal atau informal.
Anda boleh memilih Triumph Fusion dengan potongan Maximizer yang unik untuk tampil seksi dengan push-up. Potongan Butterfly pula adalah untuk menyelesaikan masalaj tonjolan bahagian tepi, bukan saha mengurangkan masalah tersebut, malah panel coli yang lebih luas dan sudut tetulang 45 darjahnya memberikan sokongan yang lebih padu ada badan, seterusnya menyerlahkan bentuk badan yang kelihatan lebih ramping dan menawan.
Untuk rasa seksi keseluruhannya, coli juga boleh dipakai dengan seluar dalam yang berpadanan yang boleh didapati dalam pelbagai rona pastel yang menarik iaitu merah jambu, hijau, kuning biru termasuklah hitam yang menggoda.
Yaaa jom cuci mate heheheheeh jangan tengok lama-lama kang batal puasa skali tengok sudah ok?
Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.