KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Seaport Terminal Sdn Bhd Jumaat menafikan dakwaan yang syarikat itu berhasrat menurunkan taraf Pelabuhan Pulau Pinang kepada sebuah pelabuhan penghantar.
Syarikat juga berkata, sesungguhnya memang tiada perancangan langsung untuk memindahkan kren-kren Pelabuhan Pulau Pinang ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di Johor sebagaimana yang didakwa.
"Pelan perniagaan kami termasuklah strategi menyeluruh untuk memajukan pelabuhan itu menjadi sebuah pelabuhan serantau utama yang berdaya saing," kata syarikat dalam satu kenyataan di sini Jumaat.
"Seaport Terminal telah komited untuk melabur dalam usaha meningkatkan kapasiti Pelabuhan Pulau Pinang. Kami akan mendalamkan saluran pengemudian menurut keperluan pelabuhan itu. Sehubungan itu, dakwaan yang mengatakan tiada kerja-kerja pengorekan dilakukan tidak berasas sama sekali," tambahnya.
Seaport Terminal telah dipelawa pada tahun 2011, bersama-sama dengan beberapa syarikat pelabuhan tempatan dan antarabangsa, untuk mengemukakan bida bagi penswastaan Penang Port Sdn Bhd.
-- BERNAMA
Amboi dah ada pelabuhan baru nak turun-turun kan pelabuhan lagenda pulak?.
Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.