Teluk Intan: Semua barang di rumah sudah dijual bagi menampung kos hidup harian termasuk untuk berubat, kata Mansor Yusoff, 60, yang kehilangan kaki kirinya kerana penyakit kencing manis.
Dia yang tinggal di Taman Muhibbah, Batu 6, Jalan Maharaja Lela, dekat sini, mengaku hidup susah bersama isterinya, Maimunah Dahalan, 61, di rumah berkenaan. Katanya, bantuan bulanan RM150 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak dapat menampung kos hidup termasuk untuk membeli ubat.
Kaki kiri dipotong
Kaki kiri saya terpaksa dipotong kira-kira setahun lalu dan selepas itu hidup saya sukar dan serba kekurangan.
Walaupun tinggal di dalam rumah batu yang dibeli dulu, kami masih mengharapkan bantuan pihak lain. Malah, kami terpaksa menjual dua motosikal, televisyen, peti sejuk dan perabot bagi menyara hidup.
Kami tiada pilihan lain kerana kelima-lima anak sudah berumahtangga dan perlu menyara keluarga mereka. Jadi, saya tidak mahu menyusahkan mereka, katanya ketika ditemui di rumahnya.
Mansor berkata, beliau juga sedih kerana permohonan kepada JKM untuk mendapatkan kerusi roda baru ditolak, sedangkan ia amat diperlukan untuk memudahkannya bergerak di dalam rumah.
Katanya, kini beliau menggunakan kerusi roda terpakai yang uzur pemberian seorang rakan.
Sementara itu, Pengerusi Wanita Bestari Hilir Perak, Allen Rus, berkata pihaknya terkejut apabila dimaklumkan pihak JKM menolak permohonan Mansor untuk mendapatkan kerusi roda baru.
Saya akan memanjangkan permohonan warga emas ini untuk perhatian JKM, katanya.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Tuhan pencipta Sekalian Alam, Menghidupan Segala Kehidupan Langit Dan Bumi, Yang Amat Pemurah Lagi Maha Pengasihani, kau ringginkan lah beban warga emas ini Ya Allah sesungguhnya aku tak sanggup walau hanya sekadar mendengar berita tentang kedaifannya, amin.

Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.