Kempen EA Sports FIFA Online 2 Let’s Play memilih 2 selebriti terkenal iaitu Sharifah Amani dan Cindy Chen sebagai duta rasmi bagi mempromosikan permainan bola secara online ini mulai 4 Julai sehingga 4 September 2012.
Kedua-dua selebriti ini telah dipilih berdasarkan karakter mereka yang gemarkan sukan ekstrim, sekaligus mencerminkan konsep permainan online yang julung kalinya diadakan di Malaysia.
Melalui lampiran media yang disediakan, tujuan kempen ini dilakukan adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran para pemain game di seluruh Asia Tenggara, terutamanya Malaysia mengenai kewujudan FIFA Online 2 ini. Untuk itu, pihak FIFA turut mengintegrasikan platform ini dengan laman sosial milik Google dan Facebook bagi mencapai lebih ramai pemain.
Uniknya, permainan online ini boleh dimain secara percuma! Setiap pemain baru akan diberikan pek permulaan yang diberikan secara percuma, manakala untuk pemain sedia ada, mereka akan menerima ganjaran berupa item eksklusif yang hanya boleh didapati di dalam platform tersebut.
Untuk keterangan lanjut, anda boleh mengunjungi laman rasmi FIFA Online 2 di http://fifaonline2.iahgames.com atau Facebook di http://www.facebook.com/fifaonlineII.
Alamak nak kena letakkan balik lah FIFA Online kat dalam kdai is kalau macam nie.
Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.