Sekarang Dah Boleh Main Judi Dirumah



Kuantan: Kaki judi berkomputer tidak lagi perlu bersusah-payah ke pusat tertentu untuk melepaskan gian kerana sudah ada individu menawarkan khidmat muat turun terus di rumah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T Narenasagaran, berkata modus operandi itu antara yang dikesan dalam Ops Dadu dijalankan Januari hingga Jun lalu. Pengendali perjudian membawa komputer riba untuk memuat turun aplikasi perjudian internet kepada pelanggan yang berminat. Ia lebih senang dilakukan kerana mereka mudah bertukar lokasi, sekali gus sukar dikesan pihak berkuasa, katanya pada sidang media, di sini semalam.

Narenasagaran berkata, kesalahan memuat turun aplikasi perjudian internet untuk premis kediaman boleh disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.

213 permis diperiksa 

Beliau berkata, polis yang melakukan pemeriksaan di 213 premis di seluruh negeri ini, merampas 2,644 unit komputer bernilai kira-kira RM2.2 juta yang sudah diubahsuai untuk menerima pertaruhan, selain menahan 1,256 individu dan merampas wang tunai RM104,108.

Pemeriksaan juga mendapati masih ada pemilik premis melakukan kesalahan berulang menjalankan aktiviti perjudian ini. Kita sudah minta kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong bekalan elektrik premis berkenaan dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) membatalkan lesen perniagaan, katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut mendapatkan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memotong talian internet digunakan premis itu.

Herm, kalau takat rampas saja, baik tak payah, komputer-komputer tu semua jenis second-hand yang boleh dibeli dengan harga pukal sekitar RM10 ribu untuk satu kontena. Bua kerja pakai la otak, hapus dulu dorang punya seludup, dan juga resource nya, dari segi, modal, mastermind, hardware, transpots. Tapi nak harap dorang tangkap mastermind pakai tidakla, dok kena suap.


Ulasan