KUALA LUMPUR, 26 JULAI 2012: Gara-gara tidak mengesahkan terlebih dulu berita yang mengatakan kononnya pelakon Zed Zaidi telah terlibat di dalam kemalangan, pelawak Mamat Sepah terpaksa menerima bahannya apabila ditempelak ramai pihak.
Ianya berlaku selepas Mamat Sepah memuat naik status serta foto mengenai pelakon Zed Zaidi yang juga Presiden Seniman di dalam akaun Twitter peribadi miliknya pada malam kelmarin (Selasa malam).
Berikutan itu, Mamat Sepah telah dihentam kerana tidak mengesahkan terlebih dahulu berita tersebut sebelum menyebarkannya berserta dengan foto yang sebenarnya merupakan salah satu adegan penggambaran untuk sebuah telefilem yang berjudul Hijrah Jahiliyyah.
Malah, Mamat Sepah terus dikecam kerana sikapnya yang dianggap tidak beradab ketika membalas kembali status Twitter daripada peminat dan pengikut dalam akaunnya, terutama sekali pemilik akaun Twitter bernama Hazrey yang telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pelawak tersebut.
Bagi mendapat penjelasan daripada Mamat mengenai tindakannya itu, portal murai.com.my telah menghubunginya sendiri pagi tadi. Dengan tenang, Mamat menjawab:
"Mengenai status dan foto tersebut, saya hanya copy terus daripada status BlackBerry Mesengger (BBM) yang dihantar seorang artis veteran ke dalam akaun Twitter saya. Saya melakukannya selepas mendapat kesahihan daripada artis tersebut pada lewat malam kelmarin.
"Selepas mengemas kini akaun Twitter saya itu,saya terus tidur dan apabila bangun sahur dan melihat kembali akaun Twitter saya, ramai yang membalas tweet saya itu dan memberitahu bahawa berita itu tidak benar.
"Saya ada meminta maaf kepada beberapa orang yang membalas Twitter saya di atas berita yang tidak benar itu.
"Namun, tidak semena-mena saya ditemplak terus dengan seorang yang menggelarkan dirinya sebagai wartawan bernama Hazrey yang memaki hamun saya kerana tidak mengesahkan berita itu terlebih dahulu sebelum menghantar status tweet tersebut," katanya.
Menurut Mamat , dia bersikap kurang ajar terhadap Hazrey kerana individu tersebut terlebih dahulu memulakan pergaduhan dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak beradab.
"Hazrey memarahi saya kerana status saya dengan menyifatkan saya sebagai seorang artis yang bodoh. Siapa sahaja yang dimaki begitu, pasti akan melenting dan hilang sabar, begitu juga saya.
"Saya tidak mengenali Hazrey. Jika benar dia adalah wartawan, mana perginya etika sebagai wartawan? Mengapa saya dihukum sampai begitu sekali dengan kata-katanya yang tidak beradab?
"Jadi jangan salahkan saya kenapa saya boleh bersikap kurang ajar dan di luar kawalan di dalam laman Twitter itu. Saya harap Hazrey boleh datang sendiri meminta maaf kepada saya dengan tindakannya itu kerana terus-terang, sehingga kini saya tidak dapat memaafkannya lagi.
"Untuk tidak mahu kes ini berpanjangan, saya sudah pun menutup akuan Twitter termasuk laman sosial, Facebook," jelasnya lagi.
Bagi terus mendapatkan kesahihan berita tersebut, Mamat Sepah memberitahu dia terus menghubungi Zed Zaidi yang juga Presiden Seniman untuk bertanyakan mengenai hal itu serta meminta maaf di atas tindakan yang tidak disengajakannya itu.
"Saya sudah menghubungi Zed Zaidi dan meminta maaf pada dia kerana tidak sengaja menyebarkan berita palsu itu.
"Saya juga ada berbincang dengan Zed mengenai apa yang berlaku di Twitter. Zed Zaidi bagaimanapun tidak ambil hati kerana ramai yang turut tertipu dengan berita tersebut, lebih-lebih lagi setelah melihat fotonya itu," luahnya.
Mamat berharap, semua pihak faham dengan keadaannya dan meminta maaf dia atas keterlanjuran yang tidak disengajakannya itu.
Dahsyat betul pengaruh Twitter kepada pengguna Malaysia, tapi sayang hanya untuk tujuan hiburan semata-mata, cuba manfaatkan nya kepada yang membolehkan kepada kebaikkan dan memberi manfaat kepada diri sendiri dulu baru orang lain.
Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.