Robert Pattinson Patah Hati


Aktor kacak, Robert Pattinson dikhabarkan merasa terhina dan kecewa kerana kekasihnya, yang juga heroin filem Twilight, Kristen Stewart bermain kayu tiga dengan pengarah filem Snow White and The Huntsman, Rupert Sanders.

Jejaka yang menjadi kegilaan kebanyakan wanita itu terkejut setelah mengetahui kekasihnya itu berciuman dengan Rupert Sanders yang juga pengarah kepada filem yang turut dibintangi oleh Kristen Stewart. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, Robert Pattinson cuba melupakan perkara yang terjadi di antara kekasihnya dengan pengarah tersebut yang turut mempunyai isteri dan dua cahaya mata.

Minggu lalu, semasa berlangsungnya Teen Choice Awards di Los Angeles, kelihatan Robert dan Kristen sedang membincangkan sesuatu yang serius dan kelihatan Robert tampak sedih.

Seorang lagi sumber yang boleh dipercayai juga sempat memberi komen kepada surat khabar The New York Post tentang apa yang sedang berlaku di antara Robert dan Kristen.

“Robert sangat mencintai Kristen dan sering beras cemburu jika ada lelaki-lelaki tampan yang cuba mendekatinya. Insiden curang seperti ini pasti menghancurkan hubungan yang mereka telah bina sejak empat tahun lalu,” menurut sumber tersebut.

Semenjak penyebaran foto-foto antara Kristen dan Sanders di alam maya, Kristen telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa dia sangat menyesal dengan apa yang telah terjadi dan meminta maaf kepada kekasihnya itu, Robert Pattinson dan orang-orang lain yang disayanginya. Rupert Sanders juga turut melakukan perkara yang sama demi menjaga kebahagiaan rumahtangganya.

Ala biasa lah kekasih bermain kayu tiga, siapa yang tak mahu kesenangan dan kemewahan?

Ulasan