Selepas menempuh perjalanan selama enam musim, rancangan yang berkonsepkan kembara masakan iaitu Rasa Halal Antarbangsa musim ketujuh kembali menemui peminat mereka.
Lebih istimewa, Rasa Halal Antarabangsa memperkenalkan pengacara baru mereka iaitu Heliza Helmi yang mengambil alih tugasan Farah Diana Anuar yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Bekas pelajar Akademi Fantasia musim kelima ini bakal membawa para penonton mengembara ke negara-negara seperti Turki, Korea, Australia, United Kingdom dan Perancis.
Menurut Heliza, banyak pengalaman dan pengajaran yang diterima semasa mengembara ke negara-negara tersebut. Terutamanya mempelajari budaya mereka yang semestinya berlainan dari negara sendiri.
“Saya sangat teruja apabila diberi peluang untuk mengendalikan rancangan Rasa Halal Antarabangsa untuk musim ketujuh ini. Saya berpeluang untuk mempelajari budaya mereka yang semestinya berbeza dengan negara kita, Malaysia. Terutamanya dari segi bahasa, makanan dan juga gaya kehidupan mereka dalam menempuhi kehidupan seharian.
“Banyak pengalaman serta pengajaran yang telah saya lalui walaupun hanya mengembara ke lima buah negara sahaja. Setiap negara mempunyai keisitimewaan dan identiti mereka sendiri seperti Turki yang mempunyai masjid-masjid yang cantik dan indah. Ketika berada di Korea Selatan pula saya diajar makan hidangan wajib mereka iaitu Kimchi.
“Saya juga menimba pengalaman baru ketika berada di Australia apabila buat pertama kalinya berpeluang untuk melihat dan bermain dengan ikan lumba-lumba selain belajar untuk bermain permainan tradisional mereka iaitu Boomerang,” ujarnya kepada Astro Gempak.
Heliza juga turut berasa kagum melihat budaya berjalan kaki di negara seperti United Kingdom. Hampir separuh penduduk di Kota London tidak menggunakan pengangkutan awam untuk ke destinasi mereka sebaliknya hanya berjalan kaki.
Lebih lucu, Heliza sempat menceritakan bagaimana dia dan krew harus berhadapan dengan penjual makanan di Perancis kerana masalah bahasa yang sukar untuk mereka fahami.
“Cuba bayangkan bahasa Perancis yang sememangnya susah untuk difahami selain mereka tidak pandai bertutur Bahasa Inggeris, ia sememangnya menyukarkan kami untuk berkomunikasi. Saya terpaksa menggunakan bahasa isyarat untuk bertanyakan sesuatu terutamanya ketika ingin mencuba makanan di sana,” ujarnya sambil ketawa.
Apa yang pasti, ini satu pengalaman baru buat Heliza kerana diberi peluang untuk mengacarakan program kembara seperti ini. Heliza berasa kagum dengan keindahan dan berpeluang mencuba makanan-makanan yang semestinya enak dan berlainan dari negara sendiri.
“Saya sangat bersyukur kerana dengan izin tuhan dapat juga saya mengembara ke negara-negara seperti United Kingdom, Perancis, Turki, Korea Selatan dan Australia. Setiap destinasi yang saya lawati, memberi pengalaman baru selain cuba yang terbaik untuk menyampaikan informasi kepada para penonton dengan cara lebih berkesan,” katanya mengakhiri perbualan.
Program Rasa Halal Antarabangsa musim ketujuh ini diterbitkan oleh E-Style Sdn Bhd dan telah pun menemui penonton sejak 28 Jun 2012 yang lalu dimana bersiaran setiap hari Khamis di Astro Oasis saluran 106.
Jangan lepas nie Heliza badan naik dah ler, maklum ler asyik rasa mkanan, tapi bagus gak kan ada program nie kita boleh tahu kat mana ada makanan halal kat negara orang.
Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.