KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Peningkatan pengeluaran ladang Sarawak Oil Palms (SOP) akan terus kukuh, disokong oleh kegiatan penanamannya yang konsisten dan pokok sawitnya yang secara purata berusia lapan tahun, kata Maybank Investment Bank (IB) Research pada Rabu.
Ia menganggarkan SOP akan tetap mencapai kadar pertumbuhan keuntungan bersih tahunan kompaun 13 peratus dari tahun lepas hingga 2014.
"SOP mencatatkan pengeluaran tandan buah segar (FFB) sebanyak 355,876 tan metrik dalam enam bulan pertama tahun ini, yang menepati hanya 38 peratus daripada ramalan kami bagi 2012 sebelum ini disebabkan oleh tegasan pokok," katanya dalam satu nota penyelidikan.
Walaupun telah menurunkan ramalan FFB 2012 bagi SOP sebanyak empat peratus, Maybank IB masih menjangka syarikat itu menghasilkan pertumbuhan FFB yang agak baik iaitu pada kadar 11 peratus bagi 2012.
Firma penyelidikan itu berkata SOP menyasarkan pengeluaran yang lebih tinggi dalam enam bulan kedua tahun ini, memandangkan pembentukan buah pada pokok-pokok sawit, ditambah pula dengan tanaman seluas 9,500 hektar akan matang sepanjang tahun ini.
-- BERNAMA
Kalau tader penyelewengan dalam kerja, pengurusan dan akaun, SOP mesti boleh berjaya macam Ladang ladang yang lain.
Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.