Pembinaan Kampus baru UiTM di Raub


Putrajaya: Dua projek Universiti Teknologi MARA (UiTM), kampus cawangan di Raub serta Institut Latihan UiTM di Nilai dijangka siap menjelang 2015.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab Rahim Md Noor, berkata ia kesinambungan kepada agenda negara untuk menambah enrolmen pelajar UiTM dari 100,000 kepada 200,000 dalam tempoh tiga tahun. Projek RMK-10
Beliau berkata, projek itu adalah projek ketiga dan keempat daripada enam projek fasa dua pembangunan kampus UiTM secara Inisiatif Pembiayaan Swasta (IPF) bagi Rancangan Malaysia Ke-10.

Kampus UiTM Raub membabitkan kos pembinaan RM230 juta dan boleh menempatkan 3,000 pelajar. Ia akan dibina di tapak seluas 31.6 hektar di Mukim Gali, Raub-Bentong, katanya.

Rahim berkata demikian pada majlis menandatangani perjanjian konsesi bersama Utusan Intelek Sdn Bhd bagi pembinaan kampus UiTM Raub dan Menang Corporation (M) Berhad melalui anak syarikatnya, Protokol Elegan Sdn Bhd bagi Institut Latihan UiTM di sini, semalam.

Majlis disaksikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Hadir sama, Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Ab Rahim berkata, kampus berkenaan akan menempatkan pelajar Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Fakulti Matematik dan Sains Komputer serta Fakulti Pengurusan Perniagaan.




Daripada buang duit buat kampus baru, adalah lebih baik derma dan sedekahkan kepada fakir dan miskin seluruh Malaysia. Orang Melayu sekarang tak dapat mempertahankan Empayar Melayu yang pada dahulunya amat gah iaitu Empayar Kalahah yang amat gagah perkasa yang dimana setiap rakyatnya tiada merempat dan susah dan bertahan selama 1000 tahun pemerintahannya, pasal ada orang yang macam nie lah Melayu takkan naik balik selama-lamanya, asyik pikir untung-untung. Memang kampus bina untuk beljar tapi tadak duit tak boleh belajar, awat boleh bagi masuk U percuma? Boleh? Ada Berani ka UiTM?

Ulasan