Mesyuarat Petugas Am Hotel Dunia Di Malaysia Pada 2014


KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Lebih 800 petugas kerja am dan servis profesional hotel atau 'concierge' terbaik dunia dijangka berkumpul di sini untuk menghadiri Kongres Antarabangsa Les Clefs d'Or UIHC ke-61 pada Januari 2014.

Dalam satu kenyataan Jumaat, Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) berkata bidaan itu telah diusahakan oleh Persatuan Golden Keys Malaysia.

Bidaan berkenaan mendapat sokongan MyCEB, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan rakan kongsi hotel, katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, Zulkefli Sharif, berkata pemberian kontrak itu akan menjadi peluang terbaik untuk hotel-hotel di negara ini mempamerkan tahap perkhidmatan dan profesionalisme, bagi pelancongan perniagaan dan riadah.

"Di MyCEB, kami menyokong persatuan tempatan dan kami menggalakkan kerjasama untuk menarik lebih banyak acara perniagaan ke negara ini," katanya.

-- BERNAMA


Ulasan