Memang Terbaik Harga daging lembu naik mendadak



Kuala Terengganu: Selepas harga ikan melambung tinggi, kini harga daging lembu pula meningkat berkali ganda.

Peningkatan harga daging lembu hingga 30 peratus menyebabkan pengguna terpaksa mengeluarkan belanja lebih tinggi, malah turut memberi kesan kepada segelintir peniaga yang terpaksa menaikkan harga makanan berasaskan daging.

Daging segar tempatan sebelum ini dijual RM16 sekilogram (kg), bagaimanapun meningkat RM6 kepada RM22kg sejak beberapa hari sebelum Ramadan. Tinjauan mendapati peniaga menaikkan harga daging lembu kepada RM22 berikutan permintaan tinggi, malah penjaja daging di tepi jalan juga tumbuh bagai cendawan.

Peniaga daging di Pasar Chabang Tiga, Abdullah Sulong, 36, berkata permintaan daging biasanya meningkat berkali ganda pada Ramadan dan menjelang Syawal, sekali gus mendorong pembekal menaikkan harga.

Pembeli tiada pilihan 

Penjawat awam, Othman Yusof, 37, berkata, kenaikan harga daging sangat ketara, namun pelanggan tiada pilihan dan terpaksa membeli walaupun mahal.

Macam mana pula kita nak sekat selera hendak makan daging. Mahu tidak mahu terpaksa beli jugalah. Hari ini pun (semalam), saya beli gulai kawah daging RM3 satu senduk kecil. Itupun puas meronda kerana kebanyakan peniaga menjual RM5 sesenduk kecil, cukup sekali makan saja, katanya.

Peniaga makanan di Bazar Ramadan Dataran Taman Purnama, Kuala Ibai, Siti Anani Abd Kadir, 35, berkata kenaikan harga daging itu tidak dapat dielak dan beliau perlu menyelaraskan harga makanan mengikut kenaikan harga bahan mentah.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Terengganu, Ghazali @ Suhaimi Muhammad, mengakui berlaku kenaikan mendadak harga daging terutama sejak awal Ramadan berikutan pembekal terpaksa mengambil bekalan lembu dari Thailand.

Kalau betul daging lembu naik harga, ini berita baik bagi penternak lembu tempatan. Dah la saingan banyak, takkan harga lembu pun nak kawal? Cuba bela lembu tengok, nak bagi makan susah, bukan semua rumput dia makan. Garam lagi kena bagi, kacang soya lagi. perghhh tapi best kalau boleh ternak lembu, memang menjadi impian is nak jadi penternak lembu.




Ulasan